Apa yang akan terjadi pada badan anda jika makan dua biji telur sehari?

Apa yang akan terjadi pada badan anda jika makan dua biji telur sehari?
Tidak dinafikan kecuali bagi mereka yang mengalami alahan, telur adalah bahan makanan berkhasiat paling mudah untuk disimpan sebagai bahan makanan segera untuk dimasak oleh semua.
Telur adalah bahan makanan mudah untuk disediakan dalam hidangan sarapan pagi. Bukan sahaja telur amat lazat disediakan dengan pelbagai resepi sarapan dan masakan lain, tetapi ia juga memberi banyak khasiat dan manfaat kesihatan.

Apa yang akan terjadi pada badan anda jika makan dua biji telur sehari?Gambar Hiasan

Apa akan terjadi apabila anda mengambil sekurang-kurangnya dua biji telur dalam sehari? Selepas membaca artikel ini, anda mungkin akan memastikan diri untuk memakan sekurang-kurangnya dua biji telur setiap hari.

Apa yang terkandung dalam sebiji telur?

Sebiji telur mengandungi vitamin A, D dan E , B12, dengan zat riboflavin dan folat. Di samping itu, dalam sebiji telur terkandung mineral seperti iodin, zat besi, kalsium, zink dan selenium.

Telur dan kolesterol

Mungkin anda pernah mendengar dan beranggapan telur itu tidak baik untuk kesihatan kerana ia mengandungi kolesterol?

Anggapan anda itu salah. Kolesterol memang terdapat dalam telur, tetapi ia bukan kolesterol tidak baik yang memasuki dalam saluran darah. Jadi, anda tidak perlu bimbang dengan kolesterol dalam telur. Ini dinyatakan oleh seorang pakar diet dari Sweden, Jennie Nyenvik.

Apa yang akan terjadi pada badan anda jika makan dua biji telur sehari?Gambar Hiasan

Di bawah adalah khasiat memakan sekurang-kurangnya dua biji telur setiap hari.

1. Mengurangkan berat badan.

Kajian menunjukkan bahawa dengan bersarapan yang kaya dengan kandungan protein, ia sebenarnya membantu anda mengurangkan berat badan.

Menurut kajian tersebut, dengan diet yang rendah kalori bersama pengambilan telur secara biasa dalam sarapan akan dapat mengurangkan berat badan anda secara dua kali ganda lebih pantas.

Anda juga harus mengetahui dengan memakan telur, ia akan membuat perut anda dapat bertahan dari tidak berasa lapar dengan lebih lama. Ini bermakna pengambilan telur dalam diet seharian akan dapat mengurangkan pengambilan kalori secara keseluruhannya.

2. Menguatkan sistem imun.

Dengan musim panas dan hujan yang tidak menentu, kesihatan anda juga mungkin terjejas dengan mengalami demam, batuk dan selsema. Dan dengan memakan telur setiap hari, ia akan dapat menguatkan sistem imun anda.

Kajian menunjukkan dengan memakan dua biji telur setiap hari, ia akan dapat melindungi diri anda daripada jangkitan kuman, virus dan pelbagai penyakit biasa seperti demam, batuk dan selsema.

Dengan mengambil dua biji telur sehari ia akan membekalkan 22 peratus kandungan selenium, elemen penting dalam menguatkan sistem imun anda.

Apa yang akan terjadi pada badan anda jika makan dua biji telur sehari?Gambar Hiasan

3. Meningkatkan tahap memori dan daya ingatan.

Pernahkan anda mendengar asid amino ‘choline’? Ia memberi kesan kepada isyarat saraf di otak untuk membantu kita mengingati pelbagai perkara kecil setiap hari.

Menurut kajian, dengan pengambilan ‘choline’ setiap hari, ia akan membantu meningkatkan memori dan tahap respon seseorang dengan lebih baik. Dan dalam telur mengandungi zat ‘choline’.

4. Meningkatkan kesihatan mata.

Lutein memberi zat kepada mata untuk mengekalkan tahap penglihatan yang lebih jelas dan tajam. Kajian terbaru menunjukkan telur ayam kaya dengan kandungan lutein dan memberi manfaat kepada kesihatan mata.

Lutein dihasilkan secara semulajadi daripada mata anda, dan ia melindungi retina dari mengalami kerosakan.

Apa yang akan terjadi pada badan anda jika makan dua biji telur sehari?Gambar Hiasan

5. Membantu melawan penyakit kemurungan.

Telur mengandungi vitamin D yang boleh membantu menyeimbangi tahap PH pada gigi dan menguatkan tulang. Vitamin D juga adalah elemen penting dalam mengatasi masalah kemurungan.

6. Menguatkan tulang rangka.

Apabila anda memakan telur, anda akan mendapat kalsium, yang amat penting dalam menguatkan tulang rangka tubuh badan anda. Jadi ia akan dapat mencegah penyakit osteoporosis.

7. Baik untuk pembekalan darah.

Telur mengandungi kandungan folat yang tinggi, sama seperti jenis vitamin B yang amat diperlukan dalam membentuk sel darah merah yang baru.

Bagi golongan yang kekurangan folat, mereka berisiko tinggi mendapat penyakit anaemia. Folat juga amat penting untuk perkembangan janin di dalam rahim. Jadi bagi ibu yang mengandung perlu memakan telur setiap hari.

Apa yang akan terjadi pada badan anda jika makan dua biji telur sehari?Gambar Hiasan

8. Anti  penuaan.

Telur mengandungi asid amino yang dapat membantu membina dan memulih semula sel dalam badan. Salah satu elemen penting dalam proses anti penuaan apabila bercakap tentang penampilan anda.

Apabila usia kita semakin meningkat, kita memerlukan vitamin D secara berganda. Jumlah vitamin D yang disyorkan bagi golongan berumur 60 tahun ke atas ialah 10 mikrogram. Sebiji telur mengandungi kira-kira 0.7 mikrogram vitamin D.

9. Mengurangkan risiko penyakit jantung.

Para penyelidik dari Kanada telah menjalankan kajian dan mendapati kaitan yang ketara di antara makanan sihat berasaskan telur dengan pengurangan risiko penyakit kardiovaskular serta beberapa penyakit kanser.

Apakah rahsianya? Telur mengandungi dua kandungan antioksidan yang penting di dalamnya iaitu tritophan dan tirosin.

Bagi golongan yang mempunyai tahap ketumpatan lipoprotein yang rendah (LDL), mereka mempunyai risiko yang tinggi  mendapat penyakit jantung. Dengan memakan telur, ia sebenarnya akan dapat meningkatkan tahap LDL dan secara tidak langsung akan mengurangkan risiko mendapat penyakit berkaitan jantung.

Apa yang akan terjadi pada badan anda jika makan dua biji telur sehari?Gambar Hiasan

10. Membina otot.

Ramai yang ingin membina otot badan akan memakan telur dengan banyak dan mereka melakukannya dengan bersebab.

Telur mengandungi kandungan protein yang tinggi dan ia amat penting dalam pembinaan otot badan.

11. Melindungi kulit, rambut dan kuku.

Bersama pelbagai zat yang terkandung di dalamnya, telur juga mengandungi kandungan vitamin B dan asid lemak omega-3. Elemen penting dalam membantu tubuh badan anda mendapatkan kulit, rambut dan kuku yang sihat.

Apa yang akan terjadi pada badan anda jika makan dua biji telur sehari?Gambar Hiasan

Diharap dengan memakan dua biji telur setiap hari akan dapat meningkatkan tahap kesihatan anda!

Sumber: Newsner