Bayi Siti Nurhaliza Paling Popular Dalam Sejarah! Ini 5 Sebabnya

Setuju atau tidak jika Hangat.com boleh katakan bayi Datuk Seri Siti Nurhaliza adalah bayi yang paling popular dalam sejarah?

Malah Hangat.com tidak menolak kemungkinan bayi itu juga bakal menjadi kanak-kanak paling popular mengalahkan Yusuf Iskandar, Lara Alana dan Aaishah Dhia Rana. Untuk itu, kami rangkumkan kronologi dan 5 alasan kami untuk mengatakan Siti Junior itu adalah paling popular dalam sejarah!

1. Berita Kehamilan Siti ‘Trending’ Satu Dunia

 

Sejak mengumumkan berita kehamilannya pada tahun lalu, nama Siti Nurhaliza menjadi sebutan dan turut ‘trending’ satu dunia. Malah hampir semua berita pada hari Siti mengumumkan khabar gembira itu ‘malap’ seketika. Satu tarikh yang akan diingati untuk rakyat Malaysia

2. Khabar Angin Kelahiran ‘Siti Junior’

 

Memasuki bulan-bulan terakhir sebelum Siti bersalin, pelbagai khabar angin mengatakan penyanyi kesayangan ramai ini telah bersalin turut hangat diperkatakan. Malah pihak Siti terpaksa mengeluarkan kenyataan rasmi bagi menolak dakwaan tersebut.

BACA Siti Nurhaliza Bersalin Secara Pembedahan, Ini Sebabnya!
3. Hampir Setiap Hari Menerima Hadiah

Selama 9 bulan Siti mengandung, boleh dikatakan hampir setiap hari Siti menerima hadiah untuk dirinya dan cahaya mata pertama beliau. Malah mengenangkan Siti yang sukar untuk berjalan, suaminya Datuk K turut mengubah suai rumah mereka dan memasang lif untuk kemudahan mereka.

4. Siti Nurhaliza Bersalin Mendapat Liputan Luas

 

Tanggal 19 Mac yang lalu, Siti telah mengumumkan bahawa beliau telah selamat bersalin secara pembedahan. 19 Mac dipilih kerana pada hari itu juga adalah 1 Rejab, tarikh Nabi Muhammad S.A.W dilahirkan. Berita gembira itu sekali lagi mendapat liputan luas sehingga menjadi topik utama di semua media massa dan elektronik.

BACA Reaksi Siti Nurhaliza Saat Lihat Anaknya Buat Kali Pertama

5. Gambar ‘Siti Junior’ Tular

 

Disebabkan perasaan teruja para peminat, gambar bayi comel Siti itu telah mula tersebar meskipun keluarga Siti belum dedahkan wajah anak mereka secara rasmi.

Walaubagaimanapun, individu yang menyebarkan gambar tersebut telah memohon maaf atas keterlanjuran menyebarkan gambar tersebut. Tidak dinafikan wajah anak Siti sememangnya comel dan seolah olah menepati lagu Comel Pipi Merah nyanyian ibunya sendiri

6. Ucapan Tahniah Dari Tun M

Jika dibandingkan dengan seluruh anak – anak selebriti, hanya Siti sahaja yang menerima ucapan tahniah dari Tun Mahathir Mohamad menerusi sebuah video ucapannya. Bertuah Siti dan Si pipi merah!

BACA Gempar! Katy Perry Pakai Tudung & Bikini Ketika Konsert
Begitu hebat pengaruh Siti Nurhaliza! Hampir apa sahaja yang dilakukan pasti mendapat perhatian sekaligus membuktikan beliau adalah penyanyi kesayangan ramai. Kami pasti selepas ini bayi tersebut akan mempunyai rancangannya tersendiri, menjadi duta malah mungkin menjadi penyanyi hebat seperti ibunya suatu hari nanti!

 

Sumber:Hangat.com