Bekas Guru The Little Miss Khan Dedah Sikap Sebenar InstaFamous Ini

Bekas Guru The Little Miss Khan Dedah Sikap Sebenar InstaFamous Ini

Nampaknya isu adik Neelofa memperlekehkanjenama telefon pintar popular di Malaysia menjadi antara topik hangat yang sedang diperkatakan oleh netizen.

Seperti yang MH pernah katakan tidak tahulah sama ada ia memang disengajakan ataupun tidak hanya tuan punya badan sahaja tahu.

Namun, kisah ini bukan sahaja mendapat perhatian dikalangan netizen, sebaliknya bekas guru-gurunya.

Melalui DM Media Hiburan di Instagram, ada netizen yang mengaku dia merupakan salah seorang tenaga pengajar di sekolah yang pernah Ameera belajar sebelum menggunakan khidmat Home School.

Menurutnya dia akui Ameera memang seorang yang agak lemah dalam mata pelajaran namun dia tidak menolak gadis ini memang mahir dalam sesuatu bidang.

Malah, dia juga memberitahu tidak terkejut bagaimana Ameera memberi respon kepada beberapa soalan contoh seperti isu “ewww..” itu kerana baginya kadang kala Ameera seakan seperti tidak memikirkannya sebelum menjawab.

Malah, guru ini turut berkata adakalanya perasaan menyampah juga wujud pada dirinya apabila melihat Ameera selalu berangan kononnya dia salah seorang keluarga Kadarshian Malaysia.

Bagaimanapun guru ini memuji sikap kakak Ameera iaitu Atisha Khan dan memberitahu sehingga kini Atisha masih berhubung dengannya.

Dalam pada itu, guru ini turut menjelaskan kakak Ameera iaitu Atisha juga tidak suka jika adiknya ini terlalu ‘kekwat’ di sekolah.

 

Apa reaksi anda?