Berpindah Ikut Suami, Intan Sarafina Tinggalkan Malaysia

Dah lama tak dengar khabar penyanyi cantik ini yang popular dengan lagu Kembali. Selepas selesai program realiti Gegar Vaganza (GV), karier seni Intan Sarafina semakin pudar.

Perkembangan terbaru Intan, dia baru sahaja berpindah ke Jakarta kerana mengikut suaminya, Iskandar Ezzahuddin Ahmad Zulkifli yang ditugaskan ke republik itu namun dia tidak mempunyai jangka masa tertentu untuk menetap di sana.

Menurut laporan dari Utusan Online, anak-anaknya kini meneruskan pengajian di Jakarta dan karier seninya masih diteruskan.

“Saya pindah sementara sahaja. Suami kena bertugas di Jakarta. Setakat ini, saya pun tak boleh hendak sahkan berapa lama kami bakal menetap di sini. Cuma anak-anak semua akan meneruskan pengajian di sini.

“Kerjaya seni masih diteruskan. Ulang alik sahaja. Lagipun Jakarta dan Kuala Lumpur taklah jauh mana. Sekarang setiap hari ada penerbangan. Kalau ada tawaran persembahan, saya akan balik,”

Sudah kewajiban isteri untuk taat pada suami maka haruslah ikut suami hijrah ke luar negeri. Syurga isteri kan di tapak kaki suami!

Inta akui sebelum ini ada lancarkan single tetapi mungkin kurang promosi jadi lagu itu kurang mendapat sambutan. Namun sebelum Aidilfitri ini dia merancang untuk keluarkan single terbaru dan akan rancang strategi yang lebih berkesan.

Sumber Utusan