Cara Apply Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia (RMR1M) Cantik & Simple! Sangat Murah, Hanya RM45,000

Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia

Rumah Mesra Rakyat 1 Malaysia menjadi rebutan ramai selepas pengumuman dibuat serta terbuka kepada orang ramai yang berpendapatan rendah seperti keluarga miskin, petani dan nelayan atau mereka yang tiada tempat tinggal tetap atau tiada rumah akan tetapi mempunyai tanah untuk membuat permohonan. Walau bagaimanapun, mungkin masih ada yang belum tahu syarat dan cara memohon rumah mesra rakyat tersebut.

Program Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia dikendalikan oleh pihak Syarikat Perumahan Negara (SPNB) Mesra Sdn Bhd dengan tujuan untuk membantu rakyat agar dapat membina rumah sendiri dengan lebih baik serta selesa mengikut syarat yang telah ditetapkan.

Menerusi program menarik ini terdapat dua kategori yang telah ditawarkan oleh SPNB dengan rumah-rumah yang sangat cantik dan selesa iaitu:

1. Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia (RMR1M)
2. Rumah Mesra Rakyat Plus (RMRPLUS)

Harga – RM65K
Subsidi kerajaan – RM20K
Yang perlu dibayar – RM45K
Kalau buat pinjaman atau loan 20 tahun – RM150 sahaja setiap bulan
Cara Memohon Rumah Mesra Rakyat
Rumah mesra rakyatCara membuat permohonan Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia.
1. Wajib ada tanah sendiri
2. Pergi SPNB
3. Ambil borang dan isi.
4. Apply kat SPNB dan buat pilihan rekabentuk rumah yang anda ingin seperti dipaparkan di laman web SPNB.

Syarat Permohonan Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia

Warganegara Malaysia.
Berumur 18 hingga 65 tahun*.
Pendapatan kasar seisi rumah di antara RM750 sehingga RM3,000 sebulan.
Pemohon/Pasangan tidak mempunyai rumah sendiri atau mempunyai rumah yang usang/tidak sempurna.
Tanah/tapak cadangan mestilah bersesuaian dan bebas daripada gadaian/sekatan ke atasnya. Jika pemohon bukan tuan punya tanah, pemohon mestilah mendapat kebenaran daripada tuan punya tanah yang dicadangkan.
Keluasan tanah tidak kurang daripada 2,800 kps.
Tertakluk kepada peruntukan dan kelulusan pinjaman melalui SPNB.

* Bagi pemohon dari Semenanjung yang berumur melebihi 43 tahun, pemohon kedua yang berumur di antara 18-43 tahun diperlukan dan penjamin (sekiranya perlu) kecuali bagi Kawasan Pulau.

* Bagi pemohon dari Sabah, Sarawak dan Kawasan Pulau yang melebihi 41 tahun, pemohon kedua yang berumur di antara 18-41 tahun diperlukan dan penjamin (sekiranya perlu).

Kalau nak apply dan ingin membuat permohonan perumahan, anda boleh rujuk terus ke pihak SPNB melalui laman web rasmi di SPNB Mesra dan borang permohonan rumah mesra rakyat pula diRMR Online. Melalui portal tersebut anda juga boleh melihat contoh rumah terbaru yang ditawarkan serta harga bagi setiap rumah.
rumah mesra rakyat terbaruPaparan laman web SPNB.
Atau

Boleh Walk-In Ke Pejabat SPNB Di Negeri Anda

CAWANGAN SPNB
SPNB CAWANGAN PERLIS
No.10, Tingkat Atas, Jalan Dua,
Medan Sri Pulai,
01000 Kangar, Perlis.
Tel : 04-97688570 / 04-9768401

SPNB CAWANGAN KEDAH
No.28 & 29, Jalan Uj 2,
Taman Universiti Jaya, Semeling,
08100 Bedong, Kedah.Tel : 04-4500375 / 04-4500376

SPNB CAWANGAN PULAU PINANG
No 17 & 19, Jalan Limbungan Indah,
Taman Limbungan Indah,
12100 Butterworth, Pulau Pinang.Tel : 04-3322545 / 04-3323545

SPNB CAWANGAN PERAK
No.9 & 9a, Jalan Meru Bestari A6,
Medan Meru Bestari, Bandar Meru Raya,
30200 Ipoh, Perak.Tel : 05-5264188 / 05-5263876

SPNB CAWANGAN SELANGOR
Tingkat 8, Wisma PERKESO,
50400 Jalan Tun Razak,
Kuala Lumpur.MALAYSIA.Tel : 03-26185555 | SMS : 019-2104000

SPNB CAWANGAN NEGERI SEMBILAN
Lot 3518 & Lot 3519,
Lorong Lukut Makmur 1,
Taman Lukut Makmur,
71010 Port Dickson, Negeri Sembilan.Tel: 06-6516681 / 06-6516682

SPNB CAWANGAN MELAKA
No 76 & 78 Jalan Lp 2,
Taman Limbongan Permai,
75200 Melaka.Tel : 06-3369751 / 06-3369572

SPNB CAWANGAN JOHOR
Lot 6 & 7, Tingkat 13,
Menara Tabung Haji, Jalan Ayer Molek,
80000 Johor Bharu, Johor.Tel : 07-2259900 / 07-2259911

SPNB CAWANGAN PAHANG
No K2, Lot 4770 & Lot 4769,
Jalan Nusa Puteri Utama,
Taman Nusa Puteri,
26800 Rompin, Pahang.Tel : 09-4148555

SPNB CAWANGAN TERENGGANU
No. K-5, Ruang Niaga Semarak Felda,
Komplek Felda Wilayah Terengganu,
Mukim Kuala Nerus,
21060 Kuala Terengganu, Terengganu.Tel : 09-6660010 / 09-6660054

SPNB CAWANGAN KELANTAN
No. Pt2240, Taman Merbau Utama,
Batu Tinggi Bukit Merbau,
17910 Pasir Puteh, Kelantan.Tel : 09-7886546 / 09-7887545

SPNB CAWANGAN SARAWAK
Lot 13319, Sublot No 3,
Section 65 Ktld, Riveredge Commercial Centre,
Jalan Tun Abdul Rahman Yaakub,
93050, Kuching, Sarawak.Tel : 082-230032 / 082-240032

SPNB CAWANGAN SABAH
Lot S01, S02 & S03,
Vista Seri Melalin,
Jalan Kompleks Jkr Tuaran,
89208 Tuaran, Sabah.Tel : 088-791610 / 088-791612

Atau

Jumpa ADUN wakil rakyat yang terdapat di kawasan anda dan anda boleh minta borang untuk RMR ini.

Mungkin ramai yang belum tahu tentang perumahan Rumah Mesra Rakyat ini. Sila kongsikan kepada kawan-kawan atau sebarkan kepada mereka yang memerlukan kedian dan rumah untuk perlindungan.

permohonan rumah mesra rakyat online

bayaran bulanan

pinjaman perumahan rumah mesra rakyat

skim pinjaman rumah mesra rakyat

contoh rumah mesra rakyat terbaru

loan rumah

syarat permohonan

harga rumah

Semoga bermanfaat kepada semua rakyat Malaysia.

sumber : media maklumat