“Comelnya Baby Trivago!” – Dahlia Shazwan Dedah Wajah & Perkenalkan Nama Anak Sulung

“Comelnya Baby Trivago!” - Dahlia Shazwan Dedah Wajah & Perkenalkan Nama Anak Sulung

Pengacara dan model iklan Trivago, Dahlia Shazwan mendedahkan anak sulungnya di laman Instagram.

Menerusi sebuah entri terbaru yang dimuat naik oleh Dahlia, pengacara rancangan HLive itu turut memperkenalkan nama anak sulungnya.

“Throwback to when I delivered our angel exactly a month ago. Everyone meet Freda,” tulis Dahlia di ruangan kapsyen.

Rata-rata pengikut laman Instagram Dahlia mengucapkan tahniah serta memuji kecomelan wajah anaknya.

Selain itu, peminat Dahlia turut memanggil bayi perempuan Dahlia dengan gelaran ‘Baby Trivago’.

Dahlia selamat melahirkan cahaya mata perempuan seberat 2.7 kilogram di sebuah hospital swasta Kuala Lumpur pada 22 Februari lalu.

Terdahulu, Dahlia atau nama sebenarnya Dahlia Shazwan Mohd Amin mendirikan rumah tangga dengan Shafiq Ismet pada 23 Julai 2016.

Foto: Instagram Dahlia