Hilang 100,000 Pengikut di Instagram. Neelofa menyesal dengan tindakannya!

KUALA LUMPUR: Pelakon dan pengacara, Neelofa menjelaskan keputusan tidak menghadiri program Transformasi Nasional 2050 (TN50) di sini, malam ini disebabkan tidak mahu majlis itu ‘terganggu’ dengan kontroversi yang membabitkan dirinya sekarang.

Neelofa atau nama penuhnya, Noor Neelofa Mohd Noor, 29, memberitahu, keputusan itu dibuat atas kerelaan sendiri dan perbincangan bersama penganjur.

“Diharapkan, keputusan yang dibuat ini dapat memberi ruang kepada orang ramai untuk menghayati segala mesej dan agenda penting negara yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

“Sekali lagi, saya memohon maaf atas keputusan ini,” katanya kepada BH Online.

Neelofa yang dikecam netizen berikutan penganjuran majlis hari jadi dan pelancaran koleksi tudung Be Lofa di Zouk, kelmarin, sepatutnya hadir pada program TN50 di Pusat Dagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC) di sini, malam ini.

AhiPelakon drama Suri Hati Mr Pilot dan Red Velvet itu sebelum ini mengikuti latihan sebagai persediaan menjadi hos majlis berkenaan.

Dalam perkembangan lain, kontroversi majlis hari jadinya yang ke-29 dan pelancaran tudung di kelab malam itu dilihat memberi impak kepada jumlah pengikut Neelofa di Instagram.

Semakan mendapati kira-kira 100,000 pengguna Instagram bertindak ‘unfollow’ atau menarik diri daripada menjadi pengikutnya. Ini menjadikan jumlah pengikut Neelofa 5.4 juta orang, berbanding 5.5 juta sebelum ini.

Walaupun syarikat pengeluar tudung, Naelofar Hijab sudah memohon maaf melalui kenyataan yang diedarkan kepada media, hari ini, Neelofa terus dikecam hingga dia menutup ruangan komen dalam salah satu entri di Instagram miliknya.

Sumber: Sumber