Ini 7 Kedudukan Pintu Rumah Yang Pantang di Tiru dan Akan Beri Kesan Buruk Pada Rezeki dan Kehidupan Seharian Kita! Tak Sangka Kita Kena Lebih Berhati-hati Dalam Susun Atur..


Dalam masyarakat ada istilah pantang, yang bermaksud itu dilarang untuk dilakukan, dalam perkara ini kedudukan pintu rumah, ada perkara yang perlu diperhatikan, kedudukan yang betul dan juga rumah yang berkat agar malaikat mahu memasuk ke dalam rumah.

Dalam ilmu topografi Tiongkok atau yang lebih dikenal dengan istilah feng shui, kedudukan pintu utama pada sesebuah rumah merupakan perkara yang penting.

Pintu menjadi laluan keluar masuknya energy yang mana akan mempengaruhi harmonisasi dan rezeki para penghuni rumah tersebut.

Berikut adalah 7 perkara mengenai kedudukan pintu utama menurut feng shui yang harus Anda ketahui kerana perkara ini sangat berguna untuk diketahui.

1. Pintu utama menghadap pintu belakang atau jendela yang besar

Pintu depan dan pintu belakang yang berada dalam satu garis lurus, ibarat energy yang masuk akan mengalir sangat cepat melalui pintu belakang tanpa diserap oleh ruangan di dalan rumah Anda.

Rezeki juga akan mengalir dengan cepat. Sangat penting untuk menghindari rumah yang memiliki pintu utama dengan pintu belakang dalam satu garis lurus.

Penyelesaian: Tutuplah jendela atau pintu belakang ketika pintu utama dibuka, atau untuk kes pintu depan yang segaris lurus dengan pintu belakang, Anda boleh meletakkan kabinet atau rak yang bertindak sebagai pembahagi atau penghalang ruang agar pintu bahagian belakang seolah-olah tidak langsung nampak dari depan ketika masuk.

2. Pintu utama melihat objek

Buka pintu melihat dapur: Unsur api dan unsur emas tidak sepadan dan akan menyebabkan rezeki tidak mahu masuk.

Buka pintu melihat tandas: Buka pintu terus nampak tempat pembuangan akan mudah kehilangan orang yang rapat bagi kita

Buka pintu melihat kaca: Ada bayangan pintu di kaca mudah mengundang orang licik atau masalah di luar rumah

Penyelesaian: Ubah kedudukan pintu utama, tempatkan pemisah yang kukuh (tirai kurang kukuh) untuk memisahkan tandas dan dapur daripada pintu depan, alihkan kaca.

3. Kepala katil membelakangi tandas

Kepala katil yang membelakangi tandas, koridor atau dapur akan membuat orang yang tidur sering bermimpi buruk atau tidak tenang.

Penyelesaian: Ubah posisi katil. Jika ada tiang di atas, tutup dengan siling atau ubah posisi katil supaya tidak di bawahnya.

4. Tandas, dapur atau koridor di tengah-tengah rumah

Toilet yang terletak di ruang tengah rumah dianggap buruk bagi keharmonian keluarga dan akan menimbulkan pelbagai masalah dalam rumah tangga.

Dapur yang berada di ruang tengah rumah menyebabkan akibat buruk untuk kesihatan dan rezeki.

Koridor di tengah rumah membuatkan penghuninya sentiasa sibuk dan tidak dapat beristirehat.

Penyelesaian: Jika kedudukan tandas, dapur atau koridor tidak boleh diubah, nyalakan lampu yang terang atau letakkan tanaman hijau di tengah-tengah untuk menyeimbangkan semula.

5. Pintu menghadap pintu

Pintu bilik yang selari garis lurus dengan pintu lain mudah mengundang pertengkaran dan permasalahan dalam keluarga.

Pintu bilik yang menghadap pintu tandas atau dapur mudah membuat orang yang tidur di bilik tersebut sakit, manakala pintu bilik menghadap pintu utama mudah mengundang perselisihan dengan orang atasan.

Penyelesaian: Pasang tirai di pintu atau ubah pintu menjadi serupa dengan dinding (invisible door)

6. Dalam satu ruangan ada 2 pintu yang selari

Jika di dalam satu ruangan ada 2 pintu yang selari pada dinding yang sama, ini dapat mengganggu kesihatan lelaki yang tinggal di rumah itu dan sukar untuk mendapat rezeki.

Jika tidur di bilik tidur yang ada 2 pintu selari, maka penghuninya akan mudah berhadapan dengan masalah dalam hubungannya, sukar mendapat jodog dan sering tidak tenang.

Penyelesaian: Kunci salah satu pintu rapat-rapat, tutup dengan almari berukuran besar supaya tidak kelihatan dan tidak dapat masuk melaluinya.

7. Tiang di atas pintu utama

Tiang di atas pintu utama mudah membuatkan penghuninya mengalami perkara yang tidak diinginkan. Jika ada tiang di dalam bilik tidur utama juga mudah menyebabkan pertengkaran antara suami isteri.

Penyelesaian: Tutup dengan siling atau pasang lampu yang banyak supaya tiang tidak begitu jelas.

6 Posisi Rumah Menurut Islam

Ciri-ciri Rumah Menurut Islam

Sebuah rumah yang islamik hendaknya sesuai dengan kriteria yang berlaku dan tidak bertentangan dengan nilai-nilai ajaran islam.

Ada baiknya sebelum mendirikan sebuah rumah, seseorang harus memahami bagaimana sebuah rumah dirancang kedudukannya dan kemana arah rumah tersebut ditujukan.

Beberapa kriteria yang menjadikan sesebuah rumah sebagai suatu rumah yang islamik adalah seperti berikut:

Memiliki ruangan yang mencukupi
Sebuah rumah tidaklah perly berukuran besar akan tetapi setidaknya boleh memenuhi keperluan penghuninya.

Rumah yang baik adalah sebuah rumah yang tersusun ruangnya dan sekurang-kurangnya mempunyai ruang untuk beribadah misalnya ruang khusus untuk solat seperti surau.

Terdapat ruang transisi

Yang dimaksudkan dengan ruang transisi adalah satu ruang yang menghubungkan pintu masuk dengan bahagian dalam rumah.

Dalam islam, sebuah rumah yang baik hendaklah memiliki ruang tersebut atau biasa dikenali sebagai lobi.

Ini bertujuan agar tetamu yang masuk tidak terus berhadapan dengan ruang dalam rumah dan dapat melihat aktiviti penghuninya. Ini boleh disimpulkan dalam pembinaan sebuah rumah seeloknya tidak menghubungkan pintu masuk dengan ruang utama dalam rumah.

Menjaga privasi

Sebuah rumah muslim hendaklah memiliki pembahagian ruang yang dapat melindungi privasi penghuninya.

Misalnya bilik ibu bapa yang terpisah dengan bilik anak-anaknya dan anggota keluarga yang lain dan juga bilik anak lelaki berasingan dengan bilik anak perempuan

Selain itu seeloknya ruang tamu mempunyai penghadang agar tetamu yang datang tidak dapat melihat keadaan keluarga didalamnya dan untuk melindungi aurat penghuninya.

Tidak bermegah-megahan

Seorang muslim hendaklah menghindari sifat bermegah-megahan dalam pembinaan rumahnya kerana Allah SWT tidak menyukai sifat berlebih-lebihan. Sebagaimana yang disebutkan dalam firman Allah SWT sebagai berikut:

أَلْهَاكُمُ التَّكَاثُرُ. حَتَّى زُرْتُمُ الْمَقَابِرَ. كَلا سَوْفَ تَعْلَمُونَ. ثُمَّ كَلا سَوْفَ تَعْلَمُونَ. كَلا لَوْ تَعْلَمُونَ عِلْمَ الْيَقِينِ. لَتَرَوُنَّ الْجَحِيمَ. ثُمَّ لَتَرَوُنَّهَا عَيْنَ الْيَقِينِ. ثُمَّ لَتُسْأَلُنَّ يَوْمَئِذٍ عَنِ النَّعِيمِ

“Bermegah-megahan telah melalaikan kamu, sampai kamu masuk ke dalam kubur. janganlah begitu, kelak kamu akan mengetahui (akibat perbuatanmu itu), dan janganlah begitu, kelak kamu akan mengetahui. janganlah begitu, jika kamu mengetahui dengan pengetahuan yang yakin, niscaya kamu benar-benar akan melihat neraka Jahiim, dan Sesungguhnya kamu benar-benar akan melihatnya dengan ‘ainul yaqin. kemudian kamu pasti akan ditanyai pada hari itu tentang kenikmatan (yang kamu megah-megahkan di dunia itu).” ( QS At Takaatsur: 1-8)

Terjaga kebersihannya

Dalam sebuah hadits disebutkan bahawa kebersihan adalah sebahagian dari iman. Oleh sebab itu rumah seorang muslim haruslah terjaga kebersihan dan kesuciannya terutama ditempat atau ruang yang digunakan untuk melaksanakan solat atau ibadah lainnya.

Kedudukan Rumah Dalam Islam

Setelah mengetahui kriteria rumah dalam islam maka ada baiknya jika kita juga mengetahui kedudukan rumah yang sesuai dengan ajaran islam. Adapun kedudukan rumah menurut islam adalah sebagai berikut

1. Kedudukan bangunan rumah

Memang tidak ada sebuah dalil pasti mengenai ke arah mana sebuah rumah harus didirika . Namun mengingati rumah seorang muslim seharusnya boleh memenuhii segala keperluan penghuninya termasuk untuk melakukan ibadah solat maka seeloknya kedudukan rumah menghadap kearah kiblat.

Ini bertujuan agar penghuni rumah ataupun tetamu yang datang dengan mudah mengetahui arah kiblat.

Untuk mengetahui arah kiblat, seorang muslim dapat mengikuti arah bangunan sesebuah masjid atau surau yang ada dikawasan sekitarnya.

Selain itu arah sebuah rumah seorang muslim juga harus memperhatikan arah cahaya, mata angin dan sebagainya agar rumah mendapat cukup pencahayaan dan kitaran udara yang baik.

Ini tidak hanya menguntungkan penghuni rumah tetapi juga boleh menjadi salah satu cara untuk mengurangkan pencemaran dan menjaga kebersihan sekitarnya.

2. Kedudukan bilik tidur

Ruang tidur adalah salah satu ruangan penting dalam sebuah rumah kerana diruangan ini seorang muslim beristirahat dan melakukan aktiviti peribadi yang lainnya.

Kedudukan ruang tidur dalam islam juga memiliki aturan iaitu ruangan yang boleh diletakkan tempat tidur didalamnya dan jika seseorang tidur maka kepalanya akan berada dikiblat dan kakinya akan menghadap kearah lainnya.

Hindarkan untuk meletakkan tempat tidur atau kedudukan ruangan dimana kaki akan menghadap kiblat ketika sedang tertidur.

Selain itu tempat tidur sebaiknya diposisikan sedemikian rupa agar penghuninya boleh tidur menghadap arah kanan sesuai dengan cara tidur Rasulullah SAW.

3. Kedudukan Tandas

Tandas dan bilik mandi dalam rumah seorang muslim juga memiliki susunan dalam pembangunannya. Seorang muslim harus mengetahui bahawa tandas sebagai tempat membuang hajat dan tidak boleh dibuat mengarah atau membelakangi kiblat.

Walaupun membuat tandas dengan arah menuju atau membelakangi kiblat bukanlah saty dosa, akan tetapi ada baiknya jika seorang muslim yang ingin membuat tandaa haruslah membuatnya dengan mengarah disisi lain kiblat dan bukannya mengarah atau membelakanginya.

Sumber: wajibbaca.com