“Inilah Akibat Lawan Cakap Suami,” Lelaki Ini Buat ‘Live Facebook’ Lepas Bunuh Isteri Di Rumah

7 Mac – Baru-baru ini, pengguna media sosial telah dikejutkan dengan satu Live Facebook yang dibuat oleh seorang lelaki Syria di Muhlacker, Berlin. Live itu dirakamkan selepas dia membunuh isterinya dengan kejam.

Dalam siaran langsung itu, lelaki itu memberikan amaran kepada wanita agar menghormati suami atau bakal menerima nasib yang sama seperti isterinya.

Memetik laporan Daily Mail, lelaki itu menunjukkan darah pada muka dan luka pada tangannya.

“Inilah akibat yang akan diterima,” katanya.

Kejadian yang berlaku pada sabtu lalu, seorang budak lelaki dilihat berada dibelakngnya yang dipercayai anaknya. Dia dan anaknya kemudian meminta penonton berkongsi video berkenaan.

Lelaki berkenaan yang dikenali sebagai Abu Marwan, 41, dilaporkan menikam isterinya berusia 37 tahun antara empat hingga lima kali di leher sebelum lari meninggalkan rumah isterinya bersama budak lelaki itu.

Bagaimanapun, menurut ketua pendakwa raya kes terbabit berkata, lelaki berkenaan berjaya ditahan polis tidak lama kemudian.

Ketika kejadian, anak perempuan mereka turut berada di rumah dan menghubungi polis. Abu Marwan berpisah dengan isterinya dan dia dihalau keluar dari rumah oleh wanita berkenaan. Namun, tidak dapat dipastikan sama ada mereka sudah bercerai atau tidak.

Menurut media Jerman, dia sering menghubungi isterinya itu untuk meminta wang.

Yang ini lain pula jadinya.Suami dibunuh isteri selepas kantoi ada hubungan sulit dengan adik ipar

Suami dibunuh isteri selepas kantoi ada hubungan sulit dengan adik ipar
Lelaki itu dibunuh isterinya selepas didapati mempunyai hubungan sulit dengan adik iparnya. – Gambar Poskotanews.

SEORANG lelaki dibunuh isterinya selepas ‘kantoi’ mempunyai hubungan sulit dengan adik iparnya di sebuah rumah di Jalan Sekata, Medan, Sumatera Utara, kelmarin.

Mangsa yang dikenali sebagai Hendra, 34 tahun itu maut akibat ditikam isterinya, Hajijah di bahagian kemaluan.

Menurut portal Pos Kota News, kejadian berlaku selepas Hajijah mendapati suaminya mempunyai hubungan sulit dengan wanita itu yang juga janda.

Berlaku pertengkaran antara Hajijah dengan Hendra sebelum wanita itu melulu ke dapur mengambil pisau lalu menghunus ke bahagian kemaluan hingga mangsa mengalami pendarahan teruk

“Adik iparnya yang dikenali sebagai An itu dikatakan hidup membujang selepas kematian suami selain tinggal bersebelahan rumah Hajijah,” katanya seorang jiran yang dikenali sebagai Novi.

Ketika Hendra menjerit kesakitan, Hajijah turut mengambil tindakan sama dengan menjerit meminta tolong jiran tetangga.

Hendra dilaporkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital.

Polis Sektor Medan Barat, Revi Nurvelani berkata masih menyiasat motif sebenar pembunuhan itu dengan mengambil keterangan saksi kejadian.