Jangan Lupa Simpan Duit Syiling Dalam Peti Sejuk Jika Keluar Rumah Untuk Bercuti Panjang? Mengapa? Ini Sebabnya..

simpan syiling dalam peti sejuk

Setiap kali musim cuti panjang pasti ramai yang akan menggunakan kesempatan ini untuk pergi bercuti ke mana-mana destinasi pilihan bersama keluarga dan rakan-rakan.

Begitu juga di musim cuti tahun baru, ramai yang akan keluar rumah untuk balik kampung dan ke mana saja untuk bercuti.

Sebelum keluar meninggalkan rumah dalam jangka masa panjang, anda harus memikirkan banyak aspek termasuk keselamatan rumah yang harus dititikberatkan supaya tiada perkara yang tidak diingini akan berlaku sewaktu tiada penghuni di rumah.

Tetapi, pernahkah anda terfikir sekiranya ketika ketiadaan sesiapa di rumah, gangguan elektrik mungkin akan berlaku?

Jika berlaku, bagaimana dengan barangan elektrik yang sentiasa harus dihidupkan seperti peti ais? Kebetulan dalam peti sejuk masih banyak stok makanan yang dibekukan, apa akan berlaku sekiranya tiada elektrik?
peti sejukPeti sejuk di rumah biasanya akan dipenuhi dengan bermacam bahan makanan yang tidak boleh dibuang sebelum meninggalkan rumah.
Mulai sekarang anda tidak perlu lagi bimbang tentang perkara ini kerana seorang pengguna Facebook berkongsi satu tips yang sangat berguna tetapi kelihatan sedangkan ianya sangat penting. Mungkin masih ramai yang belum buat kerana tidak tahu tentang petua ini.

Anda disarankan menggunakan teori ini ketika ingin tinggal rumah dalam jangka masa lama dengan menyimpan duit syiling dalam freezer. Kenapa duit syiling? Jom semak perkongsian dari Rizzal Abdullah seperti yang ditulis di akaun Facebook miliknya.

Bercuti Panjang, Simpan Syiling Dalam Peti

Harini Uncle Chan pesan kat aku, kalau nak tinggalkan rumah lama-lama, jangan lupa simpan syiling dalam freezer.

Ape kena orang tua ni kasi pesanan pelik camni. Boleh kasi syiling tu beranak ke? Simpan lah duit syiling dalam tabung, tu pesan yang selalu aku dengar.

 

Benda ni mudah tapi sangat penting. Ramai orang tak buat sebab tak tau.

Kalau U tinggal rumah lama-lama, U tak tau kan kalau ada gangguan bekalan elektrik kat rumah? Kalau ada, U tak tau kan berapa lama sebelum elektrik sambung balik?

Saya tak kisah sangat pun Uncle, takde siapa dalam rumah tu pun. TV, kipas lampu semua tu memang dah OFF.

 

Young man (terasa muda kejap), ayam, ikan, daging dalam u punya freezer tu macam mana? Nuggets, sosej dan daging burger untuk anak U macam mana?
peti sejukTips ini nampak macam tak masuk akal tapi sebenarnya sangat penting.
Andai kata terputus 2 – 3 jam OK lg. Kalau TNB rasa nak biar 2 – 3 hari? Kalau seminggu?

Jika semua tu dah defrost dan dibiarkan terlalu lama, ia akan mula rosak. Lepas elektrik sambung semula, freezer U akan bekukan balik semua tu. Mungkin ada yang sudah rosak dan U tak perasan.

Betul jugak. Kalau tak perasan rasa macam ok je lagi (beku lagi kot), masak buat kari lepas tu makan. Memang ke hospital la lepas tu. Silap-silap boleh mati.

Lepas tu masak sosej yang dah rosak tu kasi anak makan. Aduhh..

Tapi apa kaitan syiling tu?

Ini tips untuk agak berapa lama freezer tu OFF.

Barang yang perlu:
syilingSyiling yang dimasukkan ke dalam peti ais. © Rizzal Abdullah
Syiling
Gelas plastik yang lut sinar
Air

Cara Buat:

Mula-mula u isi air dalam gelas plastik tu 3/4 penuh dan letak dalam freezer. Biar jadi ais.

Lepas tu letak syiling atas ais tu.

Setiap kali balik rumah lepas cuti panjang, check syiling dalam gelas tu.

Kalau syiling tu masih diatas, bermakna mungkin tiada gangguan elektrik. Bagus!

Tapi kalau syiling tu di lantai gelas, bermakna ais tu dah pernah cair sepenuhnya. Mungkin terdapat gangguan elektrik yang lama.

Buang je lah semua bahan makanan atau minuman yang kemungkinan besar sudah rosak. Good indicator to check all your food supply inside your freezer. Jangan ambil mudah, pilih jalan yang paling selamat.

Terima kasih Uncle Chan Kui Peng – wise old man.

Semoga bermanfaat.