Jihan Muse Tak Berniat Nak Burukkan Hospital Tempat Dia Bersalin

 

Sebuah kenyataan dari pelawak dan pengacara popular Jihan Muse tentang sebuah Hospital terkemuka di Shah Alam telah mendapat reaksi negatif dari peminatnya.

Pada bulan Januari lepas, Jihan selamat melahirkan bayi lelaki di Hospital Pakar Pusat Perubatan Darul Ehsan (DEMC) dan ada yang beranggapan Jihan tidak berpuas-hati dengan perkhidmatan yang disediakan di situ.

Hangat.com difahamkan sebelum ini Jihan ada menyebut “No More DEMC” menerusi Instagram Stories dan kenyataan ini menyebabkan ramai yang menyangka Jihan cuba memberi tanggapan negatif terhadap Hospital itu.
DEMC kini dengan nama Hospital Pakar Avisena
Walaubagaimanapun, Jihan menjelaskan bahawa kenyataannya itu merujuk kepada berita tentang penjenamaan semula hospital itu kepada Hospital Pakar Avisena sebagai usaha meluaskan jenamanya ke negeri lain pada masa depan.

Menurut laporan dari Selangorkini.my, Hospital Pakar Avisena diambil bersempena nama Ibnu Sina, atau nama sebenarnya Abu Ali Al-Hussian Ibnu Abdullah, seorang tokoh besar dalam bidang perubatan moden yang dilahirkan pada tahun 980.

Jihan sebenarnya mahu meluahkan rasa kecewa di atas penjenamaan nama Hospital itu yang mempunyai sentimental value dalam hidupnya. Tiada niat untuk memburukkan hospital itu lagi-lagi di situlah nyawanya diselamatkan ketika dia melahirkan anak sulung.
Wajah Anak Belum Ditunjukkan

Hampir dua bulan bersalin, peminat Jihan Muse termasuk kami di Hangat.com tertanya-tanya bilakah dia akan memperkenalkan anak lelakinya kepada peminat.

Rata-rata tak sabar untuk melihat wajah anak pasangan itu yang namanya juga masih belum didedahkan kepada umum. Sama-sama kita nantikan!

 
“Made In France!”- Jihan Muse Selamat Melahirkan Cahaya Mata Lelaki
Hasrat Jihan untk bersalin selepas tamatnya Gegar Vaganza tercapai. Semalam, pengacara dan pelawak popular itu selamat melahirkan cahaya mata sulungnya.


Bayi Seberat 3.85 Kilogram
Jihan yang berkahwin dengan pelakon Ungku Hariz itu sebelum ini pernah berseloroh bahawa bayi yang bakal lahir, ‘Made In France’.Berita gembira itu telah disampaikan pihak pengurusan mereka.
KENYATAAN MEDIA

Bismillahirahmannirahim.
25 Januari – Dengan izin yang maha Esa, kami dari Laugh Out Loud Entertainment mewakili @jihanmuse dan @ungkuhariz, ingin memaklumkan bahawa Jihan telah selamat melahirkan seorang putera sulung mereka seberat 3.85kg pada jam 10.15pm sebentar tadi secara pembedahan oleh Dr. Norleen di DEMC Specialist Hospital Shah Alam

Jihan Muse dan bayi kini dalam keadaan baik dan sedang berehat. Memandangkan ini adalah kelahiran sulung mereka, Jihan Muse bakal berehat dari apa-apa aktiviti hiburan selama 2 bulan untuk memberi tumpuan dan meluangkan masa bersama keluarga.

Kami dari pihak pengurusan ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas doa dan sokongan dari ahli keluarga, rakan terdekat, rakan media dan para peminat.
Terima kasih
Sedapnya Suara Jihan!

Dalam perkembangan lain, Jihan sebelum ini sempat merakamkan sebuah lagu khas untuk anaknya yang berjudul Adiwarna. Lagu tersebut merupakan lagu tema bagi rancangan Jihan terbaru, Hi Mummy Jihan!

 

Jujur kami katakan pertama kali mendengar lagu ini, terus terpikat! Tahniah buat ibubapa baru Jihan dan Hariz!

 

Sumber: Hangat.com