“Kalau Pergi Show Juga, Saya Culik Dia”.. Inilah “Amaran” Keras Fairuz Q Face Jika Wany Hasrita Masih Lagi Berdegil.

“Kalau Pergi Show Juga, Saya Culik Dia” – Fairuz Selamat Mahu Wany Hasrita Berehat

Bekas anggota kumpulan Q-Face, Fairuz Selamat meminta peminat mendoakan kesembuhan penyanyi Wany Hasrita yang dijangkiti virus Influenza B.

Fairuz memberitahu perkara itu menerusi akaun Instagramnya semalam.

Kata Fairuz, dia mahukan Wany berehat buat seketika daripada melakukan persembahan kerana keadaannya tidak mengizinkan.

“Alhamdulillah Wany okay. Suara dia tak ubah macam mesin tebu. Kalian semua doakan dia sihat tau. Kesian dia.

“Show banyak tapi sakit. Tapi saya pastikan dia warded seminggu dua. Biar betul-betul rehat. Kalau dia pergi show jugak. Saya bergegas ke sana. Saya culik dia sewenang-wenangnya!

“Get well soon Wany. Cepat sihat naa. Durian tak dapat lagi ni!” tulisnya.

Posting itu disertakan dengan fotonya bersama Wany yang sedang tersenyum.

Disebabkan posting itu juga, rata-rata peminat mendoakan kesejahteraan Wany dan berharap hubungan mereka berdua ke fasa seterusnya.

“Semoga @wanyhasrita sembuh cepat. Lupakan tentang show tu sementara waktu. @fairuzselamat jaga Wany elok-elok korang memang sweet la,” -@khairil_syamir

“Jaga @wanyhasrita elok-elok @fairuzselamat. Semoga panjang jodoh korang. Yang lain-lain tu sila ke next available awek ok, hat ni dia dah cop,” -@chentasafiyya

“@fairuzselamat Haaa camtu hero,pastikan heroin selamat, sihat dan cergas kembali.  like your sense of care & luv adikku. @wanyhasrita I guess U’re one lucky gurl my darling haha,” -@rozylicious72

Wany dimasukkan ke sebuah hospital di ibu negara dan dikuarantin buat sementara waktu berikutan demam panas pada Ahad.

Wany atau nama sebenarnya Nurshazwany Hasrita Hasbullah, 26, sebelum ini memberitahu hubungannya Fairuz Selamat masih dalam fasa berkawan.

Wany mengenali Fairuz sejak tahun 2016 menerusi aplikasi Smule sebelum menceburi bidang seni lagi.

Foto: Instagram @fairuzselamat
Via astro gempak
Teks oleh: Mya Amri

Wany turut berkongsi keadaannya bersama peminat menerusi Instagram.

Wany turut berkongsi keadaannya kepada peminat menerusi Instagram.

KUALA LUMPUR – Penyanyi Wany Hasrita memohon maaf kerana terpaksa membatalkan persembahan di sebuah acara yang diadakan di Selangor hari ini  kerana dimasukkan ke hospital di ibu kota pagi tadi.

Menurut ibu Wany, Norita Jaafar, 47, penyanyi berusia 26 tahun itu disahkan dijangkiti virus Influenza B mula mengadu berasa kurang sihat sejak seminggu lalu namun tetap meneruskan persembahan yang diadakan di Kedah, Terengganu, dan Johor.

Katanya, pada kebiasaan Wany atau Nurshazwany Hasrita Hasbullah hanya mengambil pil panadol sekiranya berasa kurang sihat dan akan kembali sembuh seperti biasa.

“Sekitar pukul 6 pagi tadi, dia mengadu keadaannya lemah sehingga tiada suara sejurus selepas pulang daripada membuat persembahan di Johor. Tanpa berlengah saya bergegas membawanya ke hospital,

“Disebabkan masalah kesihatannya, Wany terpaksa membatalkan persembahan tersebut pada saat akhir dan saya mewakili dirinya memohon maaf kepada peminat,” katanya ketika dihubungi Kosmo! tadi.

Mengulas lanjut, Norita memberitahu, Wany masih perlu mendapatkan rawatan di hospital terbabit berikutan suhu badan masih tinggi selain perlu banyak berehat.

“Awalnya dia enggan dimasukkan ke hospital kerana perlu membuat persembahan di Selangor pada hari ini. Tetapi doktor menggesa agar dia segera mendapatkan rawatan kerana bimbang akan melarat, “ jelasnya.

Pada masa sama, Norita turut tidak menolak kepadatan jadual kerja dan kurang mendapat rehat menjadi antara punca, Wany menghidapi Influenza B. – K! ONLINE