Kecanggihan Alat Pengimbas Sinaran X. Anda pasti terkejut dengan kemampuan alat ini ‘melihat’ anda.. ..Abis Kantoi Semua! Kantoi yg last sekali tu memang seram

Kecanggihan Alat Pengimbas Sinaran X. Anda pasti terkejut dengan kemampuan alat ini ‘melihat’ anda.. 😱😱..Abis Kantoi Semua! Kantoi yg last sekali tu memang seram

Zaman kemodenan yang serba canggih ini tidak dinafikan membantu manusia menjalani kehidupan dengan lebih mudah. Namun, kadangkala kemodenan juga boleh membuatkan kita berasa tidak selesa dan malu.

Misalnya, penggunaan teknologi sinaran X di hospital mahupun ketika pemeriksaan keselamatan di lapangan terbang boleh menyebabkan individu lain melihat kita dalam keadaan ‘telanjang’.

Siapa sahaja yang selesa diperlihatkan seperti itu?

Pada masa kini, teknologi pemeriksaan keselamatan ini semakin canggih sehingga boleh memeriksa barangan yang dibawa atau dipakai oleh anda! Nick Veasey, 51 tahun adalah seorang artis yang telah menghasilkan karya seni terbarunya bertajuk X-ray Voyeurism.

Artis seni British ini telah meluangkan masa selama 20 tahun dengan mendedahkan dirinya kepada bahaya radiasi semata-mata untuk menghasilkan karya seni ini.

Dengan alat pengimbas canggih ini, sebarang perkara yang anda lindungi pasti akan terbongkar dan dilihat.

Tidak kiralah berapa lapis pakaian yang anda pakai, apa yang anda sorokkan di dalam beg ataupun poket, barangan pada badan anda pasti akan dilihat pada alat pengimbas keselamatan ini.

Kaum wanita terutamanya pasti akan berasa malu sekiranya gambar mereka diimbas dan mempamerkan bukan sahaja aset peribadi tetapi juga barangan peribadi yang dipakai oleh wanita tersebut.

Kesemua barangan yang berada di dalam bagasi pasti tidak akan terlepas daripada ‘penglihatan’ pengimbas.

Sehinggakan berapa keping wang kertas yang anda sorokkan di dalam stokin juga akan berjaya dikesan!

Misalnya beg bimbit ini didapati mengandungi pelbagai barangan elektronik ketika melalui alat pengimbas keselamatan.

Bahagian depan beg, poket belakang dan keseluruhan beg akan kelihatan seperti obor-obor. Permukaannya kelihatan telus dan memperlihatkan segala barangan yang dibawa.

‘Barangan’ ini juga boleh ditemui dengan mudah melalui penggunaan alat pengimbas canggih zaman ini.

Justeru, jangan sesekali mengambil risiko dengan melanggar peraturan yang telah ditetapkan pihak berwajib. Sentiasa patuhi arahan dan jangan sesekali membawa barangan terlarang sebelum menaiki penerbangan jika anda tidak mahu ditahan dengan serta-merta.

Era Baru

Kredit- petuaviral.com