Lelaki Ini Berjalan-jalan Pada Musim Salji. Sampai Satu Tempat, Lelaki Ini Ternampak Banyak Tangan Yang Telah Dipotong Tertanam Di Satu Tempat. Setelah Diperiksa, Lelaki Ini Tergamam Tangan Itu Sebenarnya Adalah…..

PENEMUAN 52 tangan yang telah dipotong di bandar Khabarovsk di Siberia, berhampiran sempadan China telah mengejutkan ramai selain mencetuskan banyak persoalan. Kesemua tangan itu ditemui di dalam satu beg oleh penduduk tempatan.

 

Ia dilitupi dengan salji di Sungai Amur dan dipercayai telah dihanyutkan ke bandar berkenaan.

Kawasan penemuan tangan-tangan itu merupakan lokasi popular untuk memancing namun setakat ini penduduk tidak menemui apa-apa yang mencurigakan kecuali persoalan kenapa tangan-tangan itu dipotong.

Cap jari pula hanya ditemui pada satu tangan. Salah satu teori ialah tangan-tangan berkenaan dipotong kerana mencuri.

Manakala teori lain ia kemungkinan tangan milik simati di hospital tetapi sehingga kini penemuan tangan-tangan berkenaan masih menjadi misteri.

Apa yang dibimbangkan ialah tangan-tangan tersebut merupakan sebahagian daripada kumpulan mencuri organ badan dan tangan itu dipotong bagi mengelakkan mayat dikenalpasti.

“Ia adalah pemandangan yang menjijikan,” kata polis.

Media tempatan melaporkan terdapat pembalut perubatan ditemui pada tangan-tangan tersebut. – Mynewshub.cc

 Lain pula kes di bawah:

BENGANG kerana anak lelakinya yang berusia 18 tahun ketagih menonton video lucah di telefon bimbit, seorang penjual daging telah menetak tangan anaknya itu.
Insiden ngeri itu terjadi selepas remaja tersebut berkeras enggan menyerahkan telefon berkenaan kepada bapanya.

Kejadian itu berlaku di Hyderabad, India, selepas Mohammad Khalid Qureshi, 18, enggan mematuhi beberapa kali arahan yang diberikan oleh Mohammad Qayyum Qureshi, 45, supaya menghentikan tabiat buruk itu.

Pada hari sebelum kejadian, bapanya menangkap sekali lagi Mohammad Khalid menonton video terbabit melalui telefon barunya. Bapanya cuba merampas telefon itu namun dia gigit tangan lelaki berkenaan dan melarikan diri.

Mohammad Khalid hanya balik ke rumah pada lewat malam. Keesokannya dua beranak itu bergaduh lagi. Mohammad Qayyum yang naik angin dengan anaknya telah mengambil pisau lalu menetak tangan kanan anaknya.

“Apabila dengar jeritan Mohammad Khalid, anggota keluarga yang lain berlari mendapatkannya dan mereka kemudian membawanya ke hospital. Tangannya parah dan kemungkinan dapat disambung semula adalah tipis,’’ kata polis.

Selepan insiden tersebut, Mohammad Qayyum menyerah diri kepada polis dan dia kini ditahan polis. Dia memberitahu anaknya sangat ketagih menonton video lucah dan hanya tidur serta makan sahaja. – MYNEWSHUB.CC