Lelaki Ini Sedia Galas Tugas Sebagai Presiden FAM Bagi Menggantikan Tempat TMJ.. Setelah Diselidik, Rupa-Rupanya Beliau Bukanlah Calang-Calang Orang

Beberapa hari lepas, peminat bola sepak tanah air dikejutkan dengan kenyataan daripada Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim yang mahu melepaskan jawatannya.

Kenyataan yang disiarkan di laman facebook Johor Southern Tigers (JST) itu dibuat susulan kejatuhan ranking FIFA skuad kebangsaan yang menjunam tiga anak tangga kepada 178 dunia iaitu kedudukan ranking terburuk dalam sejarah bola sepak tanah air.

Isu perletakan jawatan tersebut telah menarik perhatian pelbagai pihak termasuk bekas pemain ragbi negara, Iskandar Salleh yang mempunyai sijil level 2 ‘strenght & conditioning’ daripada World Rugby.

https://www.instagram.com/iskandarsalleh75/

Beliau menyimpan hasrat untuk bertanding merebut jawatan Presiden FAM jika perlembagaan dipinda untuk membuka laluan kepada rakyat biasa memilih calon presiden mereka.

Hal ini kerana di dalam manifesto Tunku Ismail sebelum menjadi Presiden FAM, baginda pernah menyebut,

“Saya akan mengubah cara pemilihan Presiden daripada hanya dipilih oleh ahli gabungan sahaja dan akan mencadangkan pada masa akan datang, penyokong dan orang ramai yang diberi kuasa untuk menjadi faktor penentu pemilihan.

“Kongres tersebut boleh mengundi semua jawatan lain tetapi bagi apa-apa peranan penting seperti Presiden FAM ini harus diserahkan kepada rakyat.

“Peranan Presiden FAM bukan berkonsepkan sistem diktator, ini satu peluang untuk kita semua mengubah bola sepak kita supaya cucu-cicit kita akan berterima kasih kepada kita,” katanya.

Iskandar Salleh pernah dijemput dalam rancangan Kafe Sukan terbitan Astro Arena bagi membincangkan tentang tahap kecergasan pemain bola sepak tempatan.

Ikuti temuramah SemuanyaBOLA dengan Iskandar Salleh yang akan menjelaskan kenapa beliau menawar diri untuk menjadi Presiden FAM.

Soalan: Apakah masalah sebenarnya bola sepak kita yang menyebabkan kepada kemerosotan kedudukan ranking FIFA?

Iskandar: Masalah kita bukan pada skill atau taktikal jurulatih tetapi pada pemain-pemain kita yang mana tahap Strength & conditioning (kecergasan) mereka tidak mencapai standard antarabangsa.

Ini yang menyebabkan pemain kita gagal beraksi selama 90 minit di pentas antarabangsa. Jurulatih hanya merencana, pemain yang perlu terjemahkannya diatas padang.

Strength & conditioning yang dimaksudkan ialah kekuatan serta keupayaan pemain untuk mengulang sesuatu pergerakan sepanjang perlawanan berdasarkan physical demand sukan bola sepak itu sendiri.

Soalan: Kami difahamkan tuan berminat untuk bertanding merebut jawatan presiden FAM kelak, apakah visi dan misi tuan untuk bola sepak negara jika tuan dipilih mengalas tugas sebagai presiden FAM?

Iskandar: Misi saya adalah untuk memastikan skuad Harimau Malaya layak ke Piala Dunia 2022. Bunyinya agak mustahil tetapi saya yakin kita mampu menjayakannya.

Visi saya pula untuk membentuk pemain-pemain bolasepak terutama yang masih muda (bawah 23 tahun) agar faham erti professional dari segi latihan, pemakanan dan waktu rehat.

Ini akan menjadi keutamaan saya sebaik menjadi presiden FAM, di mana saya sendiri akan menjelajah ke setiap negeri untuk bertemu pemain-pemain bagi sesi penerangan.

Soalan: Kenapa tuan begitu berminat dengan jawatan presiden FAM?

Iskandar: Pertamanya, saya amat terharu dengan penyokong-penyokong Harimau Malaya yang sanggup berkorban wang ringgit, masa dan tenaga bagi menyokong pasukan kesayangan mereka.

Mereka tidak berhenti menyokong dan sanggup terbang ke merata tempat walaupun keputusannya mengecewakan.

Yang kedua, ibu bapa pemain juga telah berkorban masa, tenaga serta wang ringgit bagi memastikan anak-anak mereka berjaya dalam sukan bola sepak. Agak mengecewakan jika anak mereka terpaksa melupakan bolasepak kerana kecederaan akibat program yang tidak tepat.

Yang ketiga, ramai pemain muda yang berbakat gagal meneruskan kerjaya mereka kerana program yang sedia ada gagal optimize bakat yang sedia ada.

Saya percaya sebagai presiden, saya mampu merubah senario ini dalam masa kurang daripada 12 bulan.

Soalan: Apakah perancangan tuan sebaik sahaja dilantik sebagai presiden FAM?

Iskandar: Perancangan yang pertama, saya akan tukar gym di wisma FAM kepada performance gym yang mempunyai olympic platform, squat rack, sled yang mampu cater untuk satu pasukan.

Yang keduanya, saya sendiri akan pergi ke setiap negeri untuk bertemu para pemain Bawah 21 dan Bawah 19 tahun bagi sesi penerangan mengenai strength & conditioning.

Yang ketiga, saya akan menubuhkan semula Harimau Muda yang hanya akan menumpukan high level of strength & conditioning untuk 6-8 bulan pertama.

Kumpulan ini akan dikenali sebagai Jaya 22 dimana pemain-pemain ini akan didedahkan dengan weight training yang tepat, program stamina dan speed serta pemakanan yang mengikut sukatan yang tepat. Jaya 22 juga akan menjadi penanda aras strength & conditioning untuk pasukan-pasukan Liga Malaysia.

Saya juga mempunyai beberapa perancangan untuk meningkatkan mutu liga negara kita serta sistem pengadilan. Ianya akan diumumkan apabila saya berjaya menjadi presiden FAM.

Soalan: Jika tuan tidak dipilih sebagai presiden FAM, apakah perancangan tuan selepas ini?

Iskandar: Jika tidak menjadi presiden, saya akan teruskan memberi penerangan serta pemahaman mengenai football strength & conditioning kepada semua pihak.

Bismillahirahmanirahim saya Iskandar Salleh, atas rasa tanggungjawab serta cintakan bola sepak negara menawarkan diri untuk menjadi Presiden FAM. Saya percaya dengan pengetahuan yang saya ada serta plan yang akan dilaksanakan, prestasi pasukan negara mampu dipertingkatkan dalam masa 10-12 bulan sahaja. Ini janji saya.

Sumber : semuanya bola