Memilukan! Gadis muda ‘menjual’ diri sendiri demi adiknya yang memerlukan bantuan kewangan untuk rawatan leukemia

Memilukan! Gadis muda ‘menjual’ diri sendiri demi adiknya yang memerlukan bantuan kewangan untuk rawatan leukemia

Seorang gadis muda baru-baru ini telah mendapat perhatian ramai setelah dia berdiri di luar sebuah hospital di Jinan City, daerah Shandong, China. Ini kerana, gadis itu memegang sebuah papan tanda yang menjelaskan tentang dirinya.

XiaoXiao Li merupakan seorang gadis 19 tahun yang berasal daripada daerah Guan. Gadis ini telah berjaya menempatkan diri diQilu Normal University namun, disebabkan kesusahan hidup, dia telah ‘menjual’ dirinya.

Menurut Xiaoxiao, dia tidak akan meneruskan pelajarannya lagi. Sekiranya ada sesiapa yang sanggup membayar anggaran RM190,000 untuk merawat adiknya yang menghidapi leukemia, dia akan bekerja untuk individu itu sepanjang hayatnya.

Tindakannya itu mendapat perhatian kerana, dia sanggup berkorban masa depannya dan menjual dirinya sendiri demi membiayai rawatan adiknya.

Keluarga Xiaoxiao berpendapatan sederhana sahaja. Kedua-dua ibu bapanya merupakan petani dan adakalanya menjual pau. Kehidupan sederhana mereka serba mencukupi selama ini dan mereka hidup tenteram. Namun, apabila adiknya disahkan menghidap leukemia Ogos lepas, kehidupan menjadi lebih sukar.

Walaupun adiknya pulih selepas beberapa rawatan pada asalnya, namun sel kanser itu kembali menyerang tubuhnya.

Keluarga itu sudah membelanjakan segala wang simpanan yang mereka miliki. Hampir RM300,000 telah dibelanjakan dan mereka turut meminjam wang daripada keluarga dan rakan terdekat.

Xiaoxiao pernah bekerja secara sambilan di sebuah kedai buku pada masa cuti. Setelah mendengar kanser adiknya kembali menyerang, dia bergegas untuk pulang dan berada di sisi adiknya itu.

Menurut doktor yang merawat adiknya, adiknya itu menghidapi acute myeloid leukemia yang mempunyai potensi tinggi untuk kembali menyerang secara berulang-ulang. Jadi, pilihan terbaik untuk adiknya sekarang ialah untuk menjalani pembedahan transplan tulang sum-sum. Ini akan menelan kos yang besar.

Oleh kerana Xiaoxiao tahu keluarganya tidak mampu untuk membiayai rawatan itu, dia membuat keputusan untuk menjual dirinya untuk bekerja. Adiknya berasa sangat sedih apabila mengetahui kakaknya terpaksa membuat keputusan sebegitu.

Xiaoxiao telah berdiri di tepi jalan sambal memegang papan tanda itu selama beberapa hari. Beberapa orang yang baik hati telah menghulurkan derma namun ianya tidak cukup.

Kisah Xiaoxiao kini telah mendapat perhatian media tempatan dan mereka telah mengeluarkan butir peribadi Xiaoxiao agar mana-mana insan baik hati boleh menghubunginya untuk menghulurkan bantuan. Mereka berharap agar lebih ramai orang akan tampil dan memberikan derma yang mereka perlukan.

Harapnya, keluarga ini mampu mendapat wang secukupnya dan adik Xiaoxiao akan kembali sihat seperti biasa.

Era Baru