Rehat lah sayang mama .. ibu hilang 2 anak angkara treler U turn (8Gambar)


Segamat : Seorang ibu tidak menyangka akan kehilangan 2 anak sekali gus apabila kedua-dua anak lelaki nya maut dalam kemalangan motosikal yang ditunggang mereka bergesel treler yang membuat pusingan U.

Puan Rozana kehilangan 2 anak lelakinya Mohd Hazrill Hashim, 25, dan adiknya, Mohamad Hazmill Hashim, 19,  yang maut selepas motosikal ditunggang mereka bergesel di bahagian belakang sebuah treler di KM 167.9 Jalan Johor Bahru Seremban, tengah hari tadi.

Ketua Polis Segamat, Ketua Polis daerah, Superintendan Raub Selamat berkata, kejadian dipercayai berlaku apabila treler dipandu seorang lelaki berusia 51 tahun membuat pusingan U sebelum bergesel dengan dua beradik tersebut.

Dalam kejadian jam 1 tengah hari, mangsa, maut di tempat kejadian akibat cedera para, kejadian dipercayai berlaku apabila treler dari arah bandar Segamat menghala ke Pekan Tenang buat pusingan U untuk patah balik ke Segamat.

“Tiba-tiba motosikal dinaiki mangsa yang datang dari arah sama melanggar sisi kanan kenderaan berat berkenaan,” katanya.

Raub berkata, siasatan di tempat kejadian mendapati ia merupakan kawasan simpang tiga dan tiga lorong (dua hala menghala ke Johor Bahru, satu hala menghala ke bandar Segamat).

“Kedua-dua mangsa yang tinggal di Jalan Kasih, Taman Sri Bahagia, di sini disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan mayat kedua-duanya dibawa ke Hospital Segamat untuk bedah siasat.

“Polis juga telah menahan pemandu treler terbabit bagi membantu siasatan dan kita akan melakukan ujian saringan air kencing dan darah pemandu itu,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, semoga ibu ini tabah kehilangan anak tersayang angkara kecuaian orang lain, jenazah dijangka akan dikebumikan di Kampung Berata,Segamat pagi ini.Al fatihah.

 

Sumber; accidentportal.net