Selepas Kena “Sound” Dengan Bapa Elfira Loy, Kini Sufia Suhaimi Tampil Dengan Kenyataan Yang Lebih Berani..

Sufian Suhaimi Menjawab Kenyataan Bapa Elfira Loy .. Salah Atau Tidak Sufian Suhaimi?

PENYANYI Sufian Suhaimi berkata dia tidak berniat ingin menjaja kisah putus tunang dengan pelakon Elfira Loy, sebaliknya hanya menjawab persoalan media ketika ditanya mengenai isu tersebut.

Menurut Sufian, 26, dia sebolehnya tidak mahu memanjangkan lagi isu itu lagi memandangkan kedua-dua pihak sudah menemui jalan penyelesaian berhubung kegagalan hubungan mereka.

“Saya memang tiada niat nak bercerita tentang kes putus tunang ini, saya hanya menjawab persoalan yang diajukan oleh media.

“Sebolehnya saya tidak mahu lagi bercerita tentang perkara ini kerana ia sudah berakhir. Jadi, selepas ini saya mohon kepada rakan media dan semuanya tidak bertanya lagi tentang isu ini,” katanya kepada mStar Online.

Sufian ditemui semasa sesi perkongsian media bersama stesen radio Era di Redbox, The Gardens, Kuala Lumpur pada Selasa.

Sebelum ini, menerusi sebuah portal berita, bapa Elfira iaitu Ahmad Sabri Ariffin meminta Sufian berhenti mengeluarkan kenyataan berhubung kontroversi putus tunang mereka.

Dia berasakan Sufian berhak untuk tidak mengulas sebarang pertanyaan media dan tidak pasti sama ada apa dilakukannya itu merupakan strategi mempromosikan lagu terbaharunya berjudul Di Matamu.

Dalam pada itu, Sufian menafikan dia menggunakan isu ini sebagai peluang publisiti untuk lagu tersebut.

 

“Seperti yang saya kata dahulu, lagu ini telah dicipta pada tahun lalu ketika saya masih bergelar tunangan orang.

“Netizen yang mengaitkan kononnya lagu ini ada kaitan dengan apa yang berlaku sedangkan ia hanyalah kebetulan.

“Apa-apa pun saya ingin memohon maaf jika kenyataan saya sebelum ini ada menyinggung hati mana- mana pihak,” katanya.

Di Matamu merupakan lagu ciptaan Sirkhan dan Rinkarnaen dan akan dilancarkan pada 23 Mac depan yang sepatutunya tarikh perkahwinan mereka.

Pada 18 Februari lalu, pihak keluarga Elfira mengesahkan sudah bertemu dengan keluarga Sufian untuk memulangkan cincin pertunangan mereka.

Pasangan itu mengikat tali pertunangan pada 6 Oktober tahun lalu dan sepatutnya melangsungkan perkahwinan pada bulan ini.

Artikel Berkaitan ..
“Jatuh Jugalah Air Mata Jantan Saya” – Sufian Suhaimi

Penyanyi Sufian Suhaimi berkongsi bagaimana peritnya melalui pengalaman putus tunang dengan Elfira Loy sehingga menistis air mata disebabkan terlalu sedih dengan kejadian itu.

Sufian, 26, berkata dia sudah menerima takdir itu dengan tenang dan bersyukur mendapat sokongan serta kata-kata semangat daripada orang sekeliling.

“Sejujurnya saya akui memang sangat sedih. Apabila perkara ini berlaku, jatuh jugalah air mata ‘jantan’ saya tapi bukanlah di hadapan kamera.

“Tapi Alhamdulillah, saya ada sokongan daripada keluarga, rakan-rakan artis yang sentiasa memberi kata-kata semangat dan peminat yang tidak pernah putus mendoakan saya.

“Saya reda dan menerima segala takdir yang sudah tertulis dengan tenang dan ketentuan dari Allah,” kata Sufian kepada mStar Online.

Sufian ditemui ketika program temuduga Skim Latihan Satu Malaysia (SL1M) di Maeps, di sini pada Ahad.

Menurut Sufian, buat masa sekarang dia tidak mahu memikirkan soal cinta dan hanya ingin memberi tumpuan pada kariernya.

“Buat masa ini saya tak nak fikir soal cinta atau mencari pengganti. Saya nak beri tumpuan sepenuhnya pada karier nyanyian.

“Perjalanan seni saya masih jauh. Saya sudah ada perancangan untuk kerjaya selepas ini,” ujarnya.

Dalam pada itu, Sufian memberitahu lirik lagu terbarunya, Ku Dimatamu itu dicipta pada pertengahan tahun lalu dan bukanlah selepas berakhirnya kisah pertunangannya dengan Elfira.

“Sebenarnya lirik lagu tersebut dah ada sejak tahun lalu lagi. Memang saya bercadang untuk keluarkan lagu tersebut pada tahun ini.

“Bukanlah dicipta selepas berakhirnya hubungan saya dan Elfira. Cuma, semua yang terjadi ini seperti kebetulan sama dengan maksud lirik tersebut.

“Lagu itu juga sangat peribadi bagi saya kerana mengisahkan kehidupan saya yang secara kebetulan sahaja,” ujarnya.

Kata Sufian, lagu ciptaan Sirkhan dan Rinkarnaen tu akan dilancarkan pada 23 atau 24 Mac depan yang merupakan tarikh awal perancangan perkahwinannya.

“Insya-Allah saya akan lancarkan lagu tersebut pada 23 atau 24 Mac depan. Tarikh itu sebenarnya tarikh awal perancangan untuk berkahwin.

“Jadi, saya ingat nak jadikan tarikh tersebut sebagai kenangan terindah juga sebab itu saya pilih untuk lancarkan lagu terbaru,” katanya.

Pada 18 Februari lalu, pihak keluarga Elfira mengesahkan sudah bertemu dengan keluarga Sufian untuk memulangkan cincin pertunangan mereka.

Pasangan itu mengikat tali pertunangan pada 6 Oktober tahun lalu dan sepatutnya melangsungkan perkahwinan pada Mac ini.

Sumber: MSTAR ONLINE