Semasa Dia Berada Dalam Bilik Bersama Saya … Saya Jaga Aurat Saya. Sehinggakan Saya Nak Salin Baju Pun Saya Masuk Toilet..Hampir Sehari Suntuk Saya Bersama Dia Didalam Hotel Itu. Habis Badan Saya Dia Buat Lovebite .. Yg Paling Ketara Di …

 

 

Nama saya Aliya (Bukan nama sebenar)… Saya menetap di pantai timur semenanjung. Saya telah berkahwin dengan seorang usahawan berjaya dan telah dikurniakan (2) cahaya mata…. 1 lelaki dan 1 perempuan…..

Saya bekerja Ditempat suami saya bekerja erti kata lain Suami sy boss…dan sy sebagai assistance nya….

Pada awal bulan Mac 2015….. Saya baru saja memuat naik gambar profile fb saya. Tidak lama kemudian ada seorang lelaki dari friends list fb sy telah menghantar msg pd saya dengan memuji kecantikan wajah saya yg baru sy load di fb.. dia katakan pada sy yg dia suka sangat tengok gambar sy itu. Saya sekadar membalas pujian itu dengan ucap terima kaseh pada nya.

Seterusnya lelaki itu bertanyakan sy tentang barangan yang saya jual di fb… saya tanpa ragu2 telah mambalas masej lelaki itu dengan apa yg di tanyakan pada saya… sehingga lelaki itu meminta nombor telefon saya dengan tujuan hendak deal tentang barang itu melalui aplikasi WhatsApp kerana katanya lebih mudah utk berurusan… tanpa ragu2 saya terus berikan nombor telefon saya pada nya. Tidak lama kemudian saya terima panggilan telefon dari seorang lelaki dan dia perkenalkan dirinya adalah org yg menghubungi saya di fb tadi… saya jawab panggilan nya dengan baik kerana saya hanya menganggap dia sekadar customer biasa yg hendak membeli barang dari saya..

dia bertanya dan terus bertanya pada saya tentang barang jualan saya.. lama kelamaan sedang saya leka berbual dengan nya sy rasakan dia telah melencong ke arah lain. Dia mula menceritakan tentang kisah hidup nya pada sy. Dia mula bertanyakan tentang saya…

dia mula perkenalkan dirinya pada saya. Sedang asyik leka saya berbual dengan dia melalui telefon secara x sedar sy juga telah menceritakan tentang tekanan kisah hidup bersama suami sy pada dia.. Suami saya tidak berikan perhatian pada saya dan anak2… saya rasa terasing sangat bila suami saya layan saya begitu. Langsung saya tidak dapat rasakan kebahagiaan dari suami saya walaupun anak kami dah (2) org… suami saya banyak habis kan masanya dengan bisnes dan kawan2nya… sampai sy dan anak2 terabai… saya sedih sangat kerana suami saya tidak ambil berat pasal keluarga…

semua itu saya luahkan pada lelaki itu… dia mendengar luahan dan rintihan hati saya dengan tenang dan dia cuba menenangkan saya…. masa saya berbual dengan dia saya dapat rasakan sangat tenang dan bahagia yg x pernah saya rasakan sebelum ini bersama suami saya.. suami sy x pernah layan sy seperti dia layan sy…. sy rasa puas sangat bila dapat layanan dari dia walau hanya sekadar dari telefon… sy tidak tahu kenapa secara tiba2 sy rasa begitu.. Dia pula ceritakan tentang masaalah rumah tangga nya pada saya mungkin sekadar luahan rasa yg terpendam dan mungkin ingin berkongsi dgn sy apa yg dia pendam selama ini..

Dia mempunyai isteri. Dan doktor telah mengesahkan isteri nya x dapat melahirkan zuriat kerana isterinya telah melakukan pembedahan di bahagian rahim. Dia terlalu kesal dengan berita itu. selepas dia terima berita dari doktor tentang itu isterinya seringkali tidak mahu memenuhi permintaan nya untuk melakukan hubungan kelamin antara dia dan isterinya..

sejak dari itu dia berasa sangat kecewa. Dan sejak itulah dia mula untuk mecari seorang perempuan lain untuk memenuhi permintaan nya.. dia berniat baik kerana dia ingin berkahwin dengan perempuan yg dapat menerima nya.. kata dia isterinya telah memberi kebenaran pada dia untuk berkahwin dengan seorang perempuan lain. Dan isterinya bersetuju jika dia ingin berkahwin lagi..

Sejak dari itu hampir setiap hari dia call saya x pernah putus bertanyakan khabar saya dan selalu ambil berat tentang sy….. masa itu saya dapat rasakan layanan dia sangat baik dan layanan suami sy pun x setanding layanan dia sedangkan saya bekerja 1 tempat dengan suami saya.. Suami saya pun x pernah tanyakan khabar saya hari2 mcm tu. Dari itu sy mula rasa suka sangat dengan layanan dia dan sy hepi je rasa bila setiap kali sy terima call dari dia. Hampir setiap pagi sy ternanti2 call dari dia.. kerana dia akan call sy di waktu sy bekerja sahaja. Kerana dia tahu kalau dia call sy diluar waktu bekerja bermakna dia menempah maut sebab suami sy ada bersama2 sy di rumah dan mungkin suami sy akan tahu jika dia call sy…

Sejak dari itu, dia call sy hari2 dan mcm2 lagi dia ceritakan pada sy tentang rumah tangga dia pada sy sehingga sy sendiri pun terlanjur ceritakan hal rumah tangga sy pada dia. Tapi kami x pernah berjumpa walaupun kami hari2 call dan whatsApp..

Sampai satu masa dia ajak sy utk berjumpa di satu tempat. sy telah meminta izin suami utk keluar rumah dengan alasan utk bawa anak2 pulang ke kampung.. Saya terpaksa tipu suami kerana semata2 utk berjumpa dengan dia..

Berjumpa Di Genting

Image result for hotel genting

Dia rancang utk berjumpa di genting dan sy setuju utk berjumpa dengan dia di sana.. sy bawa anak lelaki sy berumur (6)tahun dan anak perempuan berumur (4)tahun itu untuk ikut bersama2 sy dan berjumpa dengan dia di sana. Kerana kalau sy keluar rumah tanpa bawa anak2 suami sy xakn benarkan sy keluar. So sy jadikan anak2 sy sebagai satu lesen utk sy keluar rumah. Selepas berjaya keluar dari rumah dengan izin suami… sy terus pergi kesana dan sy park kereta sy di tol seterusnya sy dan anak2 naik dgn dia ke genting.

Bila sy sampai di genting saya lepak bersama dia di sana sambil duduk dan berbual2 dgn dia sambil anak2 sy bermain2 di kawasan yg x jauh dari saya dan dia. Sedang leka berbual di sebelah dia. Saya tersedar yg dia ada menghembus telinga sy. Dan sy tanya pada dia kenapa hembus. Dia just jawab xde pape saje je. sy pun abaikan perbuatan itu kerana sy anggap mmg betul2 x ada apa2.. mybe dia nak gurau dan usik2 manje sy. Kami teruskan berbual di situ..

Tanpa sy sedar dia menyentuh tangan sy dan sy hanya membiarkan dia melakukan perbuatan itu disebalik perbualan kami mungkin kerana sy terlalu leka disetiap kata2 dan layanan dia pada sy..lalu dia usap tangan saya sambil memuji tangan sy lembut dan dia suka pegang tangan sy.

Setelah lama kami berbual-bual di kerusi itu kami meneruskan perbualan kami dengan berjalan2 sambil bersiar2 di kawasan situ hingga hari lewat petang kami pulang ke rumah masing2..

Hari demi hari saat demi saat selepas dari pertemuan pertama kami itu tanpa sy sedar fikiran dan jiwa saya hanya memikirkan dia.. saya sendiri tidak tahu kenapa perasaan rindu dan ingin dekat dengan nya seringkali bermain di fikiran saya.. kami x putus2 berhubung melalui call dan WhatsApp.

Pada bulan april 2015 sekali lagi kami merancang utk berjumpa di Bandar Kuala Lumpur kerana dia tinggal di kuala lumpur saya tinggal di pantai timur semenanjung… Kami tetapkan tarikh dan tempat utk kami berjumpa di kuala lumpur.. Sekali lagi saya minta izin dari suami saya untuk bawa anak2 pulang ke kampung tapi kali ini saya cakap nak balik selama dua hari kerana nak rehat di kampung bersama anak2.. dan suami mengizinkan saya.. Saya terus keluar dari rumah bersama anak2 dan menuju ke Bandar Kuala Lumpur untuk berjumpa dengan dia..

Akhirnya saya sampai di KL dan disambut oleh dia dengan penuh senyuman… mungkin dia hepi sangat sbb sy sanggup turun kL untuk berjumpa dia.. kami pun jalan2 di bandar kL dan dia belikan banyak permainan utk anak2 saya. Mybe nak ambil hati anak2 sy utk mengaburkan pandangan anak2 sy dari mengetahui hubungan dia dan sy…

Image result for kuala lumpur

Setelah puas kami bersiar2 di bandar kL dia ada memberitahu saya yg dia dah booking hotel utk sy dan anak2 (1) bilik, dan dia (1) bilik… dia cakap duduk asing2 bilik.. sy terima kata2nya.. dan sy ikut dia pergi ke hotel itu untuk check-in… setibanya kami di hotel itu sy terkejut kerana dia juga masuk ke bilik sy dan anak2. Sy tanya dia kenapa masuk bilik sy. Kan awak booking (2) bilik. Awak pergi la masuk bilik awak. Dia jawab sy booking (1) bilik sahaja. Jadi sy terpaksa tumpang bilik awak. tanpa rasa was2 sy pun benarkan dia masuk dan bermalam bersama sy dan anak2 di bilik sy.

Semasa dia berda dlm bilik bersama sy… saya jaga aurat saya. Sehinggakan sy nak salin baju pun sy masuk toilet. Dan saya x tunjuk rambut sy pada dia. Sy still x tanggalkan tudung sy didepan dia….

Sy tengok dia ni seorang lelaki yg baik kerana bila tibanya waktu solat dia terus solat di dlm bilik. Selepas dia selesai solat kami sambung perbualan kami di dlm bilik sambil berkongsi masaalah rumah tangga masing2.. Hampir malam menjelang tiba saya berasa mengantuk dan rasa nak tidur.. sy cakap pada dia.. awk tidur la di katil sebelah dan sy tidur di katil sebelah bersama anak2.. dia menghormati permintaan sy. Dan kami tidur dengan lena di katil masing2…

‪‎Sedang‬ saya nyenyak tidur bersama anak2 tiba2 saya rasa seperti ada seseorang disamping saya.. bila sy buka mata sy tengok dia ada di sebelah sy di atas katil saya… sy agak terkejut pada mulanya.. tetapi dia cuba menenangkan sy. Sy cuma ikut apa dia cakap masa tu.. dia ajak sy berbual.. sy hanya menuruti permintaan dia utk berbual dengan dia sambil berbaring dan sy di dlm pelukan dia di atas katil…… saya tidak tahu apa yg sy lakukan sy seolah2 terkelu dengan apa yg berlaku. Sy tidak menghalang langsung apa saja tindakan dari dia waktu itu.. sambil leka berbual dia urut2 kaki saya.. saya cuma merelakan dia lakukan… sambil urut dan berbual dia ada keluarkan minyak urut dan sapukan pada bahagian kaki sy. Sy menganggap minyak itu sekadar minyak urut biasa.. hampir beberapa lama dia urut kaki sy dia mula menggerakkan tangan nya ke seluruh tubuh saya tanpa sy sedari.. terleka dengan urutan dia hingga ke seluruh badan sy….. dia cuba memberanikan diri utk menyentuh buah dada sy pula.. dan hasilnya dia berjaya menyentuh dan mengurut di kedua2 buah dada sy sehinggakan sy rasa sangat sedap dengan layanan dia waktu itu yg x pernah suami saya berikan pada sy sebelum ini…..

Seinchi demi seinchi tubuh sy dia urut dengan kerelaan sy.. dia mula mencium leher dan bibir sy dengan kebenaran serta kerelaan dari sy sendiri…… sambil khayal dan sedap bercumbu dia meramas2 buah dada saya.. kami hampir2 terlanjur berzina pada malam itu.. dia cuba minta pada saya untuk melakukan hubungan seks… tetapi saya tidak benarkan… sy nampak dia seakan2 marah pada sy dengan keputusan sy tetapi dia control… dia cakap kenapa saya x boleh sedangkan pada suami awak, awk berikan.. dia cakap kalau sy berikan pada suami maka dia juga nak seperti apa yg suami sy dapat dari sy. Kami terus menghentikan perbuatan terkutuk itu dan saya terus tidur dia juga balik ke katilnya…. perhubungan kami tidak sekadar berhenti disitu.. menjelang pagi saya pulang ke rumah bersama anak2… tetapi kami still call dan msg. Hubungan kami tidak terhenti disitu sahaja.. kerana sy masih rasa sygkan dia.. sy tahu yg dia juga sayangkan sy..selepas itu kami still berhubung melalui call dan WhatsApp…

Pada akhir bulan Ogos 2015 kami sekali lagi merancang untuk berjumpa dan saya minta dia datang pada sy di tempat sy iaitu di pantai timur semenanjung… dan dia setuju untuk datang pada sy.

Image result for pantai timur

Setibanya dia sampai di tempat sy. Dia check-in hotel. Kami x banyak keluar masa dia datang ke tempat sy kerana bimbang ternampak suami sy. Kami cuma banyak habiskan masa di dalam hotel bersama.. kali ini sy tidak bawa anak2 sy bersama… semasa di dalam hotel kami just berbual dan melakukan hubungan biasa2 sahaja bak kata org muda buat yg ringan2 je.. hampir sehari suntuk sy bersama dia didalam hotel itu. habis badan sy dia buat lovebite.. yg paling ketara di bahagian buah dada sy. Banyak sangat love bite dia buat.. hari menjelang malam… saya perlu pulang ke rumah kerana bimbang suami cari saya jika sy tidak pulang… saya pun pulang ke rumah untuk bersama suami dan anak2 saya…

Pada malam hari sy bersama suami sy di bilik tidur kami.. suami sy minta utk melakukan hubungan kelamin bersama sy. Tp sy tidak izinkan. Kerana sy mahu jaga hati dan permintaan lelaki itu jika saya x berikan pada lelaki itu maka pada suami saya pun lelaki itu x benarkan sy berikan….. dari itu suami sy berasa lain dengan sy dan mula menjejaki apa motif sy yg sebenarnya… suami sy buka baju sy dan dengan tiba2 suami sy terkejut melihat terlalu banyak lovebite di badan sy. Suami sy mula mengamuk dan bertanya pada sy siapa yg lakukan.. sy diamkan diri tanpa jawab sebarang pertanyaan suami sy. Sy bergaduh besar dengan suami mlm itu. Suami ambil telefon sy dan cuba cari bukti…. ternyata jawapan nya ada didalam telefon sy. Sy terlupa padam segalanya yg ada di dlm telefon sy… suami sy ambil keputusan utk hubungi lelaki itu namun gagal kerana lelaki itu sudah tahu yg sy telah kantoi dengan suami sy. Leki itu blok sy di fb dan whatsApp mungkin kerana takut suami sy dapat kesan dia…

Tanpa berlengah lagi suami sy bawa sy berjumpa seorang ustaz untuk bertanyakan pada ustaz itu sama ada sy diguna2kan atau tidak… ternyata jawapan dari ustaz itu pada suami sy… ‪#‎saya_telah_disihir_kan_oleh_lelaki_itu_dengan_cara_lelaki_itu_gunakan_gambar_sy_di_fb‬ untuk buatkan ‪#‎sy_suka_dan_rasa_sayang‬ padanya….

Alhamdulillah dengan berkat allah dari pertolongan ustaz itu saya berjaya diubati dari perbuatan sihir lelaki itu…

Tapi sehingga kini sy x dapat kesan di mana lagi lelaki itu tinggal dan berada…

Sehingga sekarang saya masih trauma bila sy lihat dan ingat semula tempat2 yg sy pernah pergi bersama2 lelaki itu.. sy jadi marah dan fikiran x tenang bila sy fikirkan dia… mungkin sekarang perbuatan sihir lelaki itu telah terputus dari sy… bila sy fikir2 kan semula kenapa lah sy boleh tersangkut dengan laki tu.. padahal dia bukan hensem pun. Suami sy lebih hensem dari dia… itulah mungkin sbb perbuatan sihir yg sy terima dari dia… sekarang saya rasa sangat2 menyesal dengan perbuatan saya yg lalu…

Disini saya ingin menasihati pada semua wanita terutamanya wanita yg telah berkahwin tolong lah jaga adab dan tolonglah jangan terlalu over pamerkan gambar2 sendiri di media sosial terutamanya facebook sehinggakan gambar kita itu akan membuatkan lelaki yg tengok tu berasa berahi dan ingin merasa keenakan tubuh kita…. percayalah bahawa mata dan hati lelaki di luar sana x sama seperti mata dan hati wanita…..

Sekian dari saya Aliya…….

Sumber dipetik dari kisah benar Seorang isteri org yang dihembus kan ke telinganya dengan ayat2 sihir oleh seorang lelaki supaya mencintai nya secara paksa dan melakukan dengan pelbagai cara dari lelaki itu yang berpunca dari sekeping gambar yg dimasukkan di laman sosial Facebook perempuan itu yg telah menarik perhatian seorang lelaki untuk memikatnya dengan cara yg salah….

Ringkasan cerita diatas:

# Dalam hal ini perempuan ni adalah seller online… nak x nak dia tetap kena layan lelaki tu sbb customer dia…. dia terkena sihir tu sejak dari mula dia jawab panggilan telefon customer dia tu melalui percakapan dalam talian tersebut…. dan dari terkena perbuatan sihir yg pertama kali itu lah yg membuatkan dia utk pergi berjumpa dengan lelaki itu di genting…

Sebenarnya diri dia yg sebenar tidak mahu perkara itu berlaku….
Tetapi diri dia telah dikuasai oleh sihir tersebut…..

Org yg xpernah kena dan x pernah tahu tolong jgn cakap besar yaa… saya bukan nak takutkan… tapi siapa yg pernah kena dia dah tau mcm mana penangan nya…. bumi ni bulat… harini kita x kena.. kita hanya tengok org yg kena… so kita keji dan hina org yg kena tu dengan pelbagai jenis kejian yg sangat hina pada dia……

Ingat ya….Sampai satu masa bila perkara itu terkena pada kita pula… time tu baru kita akan tau mcm mana perit dan deritanya rasa org yg terkena benda ni….

Fikir2 kan saudaraku…

Harini kita kata kat org…
Esok2 apa yg kita kata tu akan datang pada kita balik….

Sesal dahulu pendapatan ..
Sesal kemudian… menderita diri…..

Sumber : mylabulabi.tech