Semua Bertudung Labuh, Manisnya Penampilan Ibu & Adik-Beradik Perempuan Fattah Ami

Semalam berlangsung sekali lagi majlis resepsi Fattah Amin dan Fazura, kali ini bersama dengan peminatnya seramai 5,000 orang.

Tampil bak Puteri Gunung Ledang bersama puteranya, Fattah dan Fazura kelihatan begitu cantik sekali dengan persalinan songket ringkas rona kebiruan dalam majlis yang diadakan di Royal Palace, Shah Alam.

Seperti sebelum ini, foto-foto pasangan ini telah memenuhi laman maya terutama sekali instagram dan dalam banyak foto turut terakam ketika majlis ini adalah gambar keluarga Fattah Amin. Gambar inilah yang menarik perhatian netizen di media sosial malah menimbulkan tanda tanya.

Bersama tiga adik perempuan dan ibu yang tampil bertudung labuh, ramai yang seakan tidak percaya.

Tapi inilah ahli keluarga Fattah Amin. Fattah mempunyai tiga adik perempuan, Farhana, Raihan dan Intan serta seorang lagi adik beradik lelaki, Farhan.

Sebelum ini ada juga Fattah berkongsi gambar mereka sekeluarga di instagram.

Bersama ibunya Azizah Abdul Ghani mereka ini sebenarnya selalu saja menghadiri majlis yang dianjurkan oleh pelakon terkenal ini cuma mungkin ramai yang tidak mengenali.

Melihat penampilan adik beradik terutama adik perempuan Fattah yang manis bertudung litup, ramai juga yang mendoakan agar satu hari Fazura akan mengikut jejak adik-adik iparnya. Kita doakan ya.

Sumber: instagram fattahaminz

TAK SANGKA Fattah Amin dan Fazura buat KEJUTAN Di Majlis Resepsi !!

TAK SANGKA Fattah Amin dan Fazura buat KEJUTAN Di Majlis Resepsi !!

SHAH ALAM: Pasangan pelakon popular, Fattah Amin dan Nur Fazura Sharifuddin, membuat kejutan apabila menyampaikan lagu Cinderella secara ‘live’ pada majlis resepsi mereka di sini hari ini.

Nyanyian secara spontan itu menambahkan lagi kemeriahan majlis yang dihadiri oleh lebih 5,000 peminat kedua-dua artis sensasi terbabit.

Lagu daripada drama bersiri popular lakonan mereka, Hero Seorang Cinderella, itu adalah hasil ciptaan penyanyi dan komposer, Aizat Amdan.

Sementara itu, majlis resepsi berkenaan yang berlangsung di Royale Palace dibahagikan kepada dua sesi. Pada sebelah pagi, pasangan itu meraikan tetamu kehormat dan penaja, manakala acara sebelah petang pula khusus untuk peminat serta orang awam.

Ia sekali gus menyaksikan pasangan selebriti ini menunaikan janji masing-masing untuk berkongsi detik indah bersama insan yang banyak menyokong kerjaya seni mereka selama ini.

Sambutan hangat diberikan selepas kedua-duanya mengundang peminat mereka menerusi akaun Instagram masing-masing, beberapa hari sebelum majlis persandingan itu berlangsung.

Pada majlis terbabit, masing-masing Fattah dan Fazura kelihatan kacak serta anggun menggayakan busana tradisional rona lavender hasil rekaan Altelia Amani.

Seperti niat mereka untuk mengadakan majlis itu, Fattah, 27, dan Fazura, 34, meluangkan masa kira-kira setengah jam beramah mesra serta merakamkan foto kenangan bersama peminat yang hadir.

Majlis bertambah serinya dengan persembahan nyanyian oleh Bob Yusof, Khai Bahar, Syura dan Fazli Zainal.

Pada 25 Februari lalu, sebuah majlis resepsi diadakan khusus untuk anggota keluarga dan rakan terdekat kedua-dia pelakon terbabit di sebuah hotel terkenal di ibu kota.

Fattah dan Fazura mula berkenalan ketika membintangi drama rantaian, Hero Seorang Cinderella, tahun lalu.

Mereka kemudian mengikat tali pertunangan pada 13 November lalu, sebelum bernikah secara tertutup di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur, dua minggu kemudian.
KUALA LUMPUR 11 MAC 2018. Pasangan pelakon Fattah Amin dan Fazura ketika sesi bersama peminat pada majlis resepsi di Royale Palace, Kampung Melayu Subang. NSTP/NURUL SYAZANA ROSE RAZMAN
KUALA LUMPUR 11 MAC 2018. Pasangan pelakon Fattah Amin dan Fazura ketika sesi bersama peminat pada majlis resepsi di Royale Palace, Kampung Melayu Subang. NSTP/NURUL SYAZANA ROSE RAZMAN
KUALA LUMPUR 11 MAC 2018. Pasangan pelakon Fattah Amin dan Fazura ketika sesi memotong kek pada majlis resepsi di Royale Palace, Kampung Melayu Subang. NSTP/NURUL SYAZANA ROSE RAZMAN
KUALA LUMPUR 11 MAC 2018. Pasangan pelakon Fattah Amin dan Fazura bergambar bersama peminat pada majlis resepsi di Royale Palace, Kampung Melayu Subang. NSTP/MUHD ZAABA ZAKERIA

Tonton video ini :

Silakan SHARE…

Sumber : Berita Harian