Setelah Lama Berdiam Diri, Kini TAJ Membongkar Apa Yang Terjadi Sebenarnya Yang Akan Membuatkan Farid Kamil TERKEDU..

Setelah ditahan kerana menyerang seorang anggota polis dan orang awam di sebuah balai polis trafik, Datuk Farid Kamil telah membuat satu laporan polis mendakwa tiga orang lelaki telah memasukkan dadah ke dalam minumannya.

Antara yang dinamakan dalam laporan polis itu ialah Taj Innuendo atau Taj Addin, penyanyi kumpulan Innuendo yang popular dengan lagu Belaian Jiwa sekitar pertengahan 90-an.

Taj menulis di Facebooknya:

Pendeta Za’ba pernah berkata: Perangai bergantung kepada diri sendiri.

Saya dituduh melakukan sesuatu yang mustahil saya lakukan kerana saya tiada di tempat kejadian. Kami tidak pernah bertemu. Beliau bukanlah seorang kawan, malah kami juga bukan kenalan.

Yang sebetulnya terbongkar di sini bukanlah penglibatan saya, tetapi keperibadian beliau sendiri. Bagaimana kita mahu mempercayai seseorang yang daya ingatannya sendiri diragui?

Saya ulangi, perangai bergantung kepada diri sendiri. Saya rasa sudah tiba masanya untuk beliau menjadi seorang lelaki dan menanggung natijah dari pilihannya.

Jika namanya Lelaki, kata-katanya yang harus dipegang. Jika kata-katanya tidak boleh dipercayai, apatah lagi peribadinya?

Seorang lelaki itu dinilai atas dua perkara yang utama. Yang pertama, kata-katanya. Dan yang kedua, keluarganya. Mari kita renungkan kedudukan beliau dalam kedua-dua hal itu.

Kepada ahli keluarga dan para sahabat yang turut terkesan akibat dari peristiwa ini, saya mohon agar dimaafkan beliau atas keterlanjurannya. Usahlah dicerca seseorang yang sudah sediakala mencela dirinya. Manusia mempunyai berbagai ragam dan kemampuan akal yang juga pelbagai.

In truth, this whole episode reads like a very bad script.

Akhirkata, saya ingin menyampaikan sepotong wasiat kepada generasi anak-anak kita: Jangan hisap dadah, nanti jadi bodoh.

Ingatlah, perangai bergantung kepada diri sendiri.

Wal’afwu minkum wassalāmu’ alaikum warahmatullāhi wa barakātuh

P/S:- viral this, at least it’s the truth.

Memang pedas juga kata-kata Taj ini, tetapi kalau kita tak semena-mena dilibatkan dalam kes jenayah yang tidak kita lakukan, kita pun pasti akan merasa marah, bukan?

 

Diharap Taj bersabar, yang penting kini masyarakat tahu Taj tidak bersalah.

Farid telah didakwa di mahkamah atas pertuduhan membuat laporan polis palsu beberapa hari lepas. Sebelum ini, pada 16 Januari, Farid didakwa atas empat pertuduhan iaitu menyebabkan kecederaan, berkelakuan tidak senonoh dan mengganggu penjawat awam di Balai Kota Damansara pada 11 Januari.

Beliau turut dituduh di mahkamah sama atas penggunaan dadah jenis THC iaitu ’11-nor -tetra hydrocannabinol-9-carboxylic acid, yang juga dadah terdapat pada ganja.

Farid mengaku tidak bersalah atas kesemua tuduhan tersebut.-beautifulnara.com