Tanda-tanda Kanser Ovari, Sila Hati-hati Dan Rawat Sebelum Terlambat

Tanda-tanda Kanser Ovari , Sila Hati-hati Dan Rawat Penyakit Pembunuh Senyap Ini Sebelum Terlambat. Pernah dengar tentang kanser Ovari? Kanser Ovari dikenali sebagai penyakit pembunuh senyap. Tidak menunjukkan banyak tanda yang spesifik tetapi penyakit ini sangat bahaya dan akan nampak dalam tempoh yang agak lama.
SAJAHEBOH.COM - Tanda-tanda Kanser Ovari, Sila Hati-hati Dan Rawat Sebelum TerlambatNamun sejak kebelakangan ini, kes kanser ovari semakin menular di kalangan kaum wanita dan kanak-kanak tetapi bila sedar penyakit kanser sudah peringkat yang suka untuk diselamatkan.

Sebenarnyanya ovari adalah 2 organ kecil, berbentuk bujur dan merupakan sebahagian daripada organ reproduktif wanita yang menghasilkan telur ovum.

Apabila mengidap kanser ovari, ini bermakna sel kanser telah membiak pada kawasan ovari tersebut. Apabila sel kanser telah membiak, kebarangkalian untuk kehilangan ovari tersebut adalah sangat tinggi.

Keadaan ini boleh menyebabkan wanita berkenaan sukar hamil.

Kanser ovari boleh berlaku tanpa disedari kerana simptom-simptomnya agak mengelirukan dan sukar dikenalpasti. Biasanya, gejala yang timbul adalah hampir sama dengan masalah kewanitaan yang lain.

Sebab itulah, kanser ovari ni agak payah untuk dikesan pada peringkat awal. Adakalanya, bila dah peringkat 3 atau 4, barulah kanser ovari ni dapat dikesan.

Kebiasanya waktu agak suntuk dan ada kes, ianya sudah terlambat untuk dirawat. Ini kerana, ada kemungkinan sel-sel kanser tersebut telah merebak ke bahagian tubuh serta organ-organ yang lain.

SIMPTOM KANSER OVARI

Asyik rasa berasa kenyang
Hilang selera makan
Tak selesa atau sakit di bahagian abdomen
Loya serta cirit birit
Kitaran haid tidak teratur
Pendarahan yang tidak normal
Turun dan naik berat badan tanpa sebab
Kerap kencing
Rasa sakit ketika melakukan hubungan bersama suami
Kembung perut atau pembengkakan pada perut

FAKTOR PENYEBAB BERLAKUNYA KANSER OVARI

1.Umur

Wanita yang berusia lebih 50 tahun mempunyai risiko yang lebih besar untuk mendapat penyakit kanser ovari. 50 peratus daripada kanser ovari didiagnosis di kalangan wanita lebih 60. Ini tidak bermakna bahawa penyakit ini tidak berlaku di kalangan wanita muda. Sebagai contoh, sel tumor adalah lebih biasa di kalangan wanita yang lebih muda, tetapi sangat jarang berlaku.

2. Sejarah keluarga

Jika anda mempunyai sejarah keluarga yang menghidap kanser ovari, kanser payudara atau kanser kolon, ia meningkatkan peluang anda mendapat kanser ovari.

3. Melahirkan anak dan haid

Wanita yang tidak pernah melahirkan anak mempunyai risiko yang lebih tinggi mendapat kanser ovari dan begitu juga wanita yang mula haid awal (sebelum mereka berumur 12 tahun) dan atau putus haid lewat selepas 50 tahun.

4. Ubat-ubatan

Dengan mengambil terapi hormon selepas putus haid atau menggunakan rawatan keseburan (jangka panjang dan dos besar) boleh meningkatkan peluang anda untuk kanser ovari. Sebaliknya, beberapa kajian menunjukkan bahawa pil kontraseptif oral mengurangkan risiko.

5. Faktor risiko lain

Ini termasuk merokok, obesiti, penggunaan alat kontrasepsi dan sindrom ovari polisistik.

Sila sebarkan agar ia bermanfaat buat kita semua.

source: Sehinggit