[Video] Acah-Acah Bagi Makanan Akhirnya Lelaki Ini Dibaham Beruang

SEORANG lelaki yang ‘bermain’ dengan beruang dibaham haiwan itu selepas menarik mangsa ke dalam kandangnya ketika dia menghulurkan mangkuk nasi menggunakan tali kepada beruang terbabit di wilayah Phetchabun, Thailand, semalam.

Menurut The Mirror, kejadian berlaku ketika mangsa, Naiphum Promratee, 36, bersama empat rakannya melawat kuil di wilayah berkenaan.

Tindakannya mengacah makanan kepada beruang itu menyebabkan haiwan berkenaan marah lalu berdiri memegang dinding dan menarik kaki Naiphum menyebabkan mangsa jatuh ke dalam kandang.

Naiphum yang pengsan dibaham beruang berkenaan dan rakan-rakannya menjolok beruang itu dengan kayu serta mencurah air namun gagal menghalau haiwan berkenaan daripada terus menggigit dan mencakar mangsa.

Beruang mengheret mangsa ke dalam sangkarnya sebelum berjaya diselamatkan.

Haiwan itu kemudian mengheret mangsa ke dalam sangkarnya dan satu kumpulan berjaya memisahkan beruang berkenaan daripada Naiphum membolehkan dia diseret keluar.

Sehari sebelum kejadian, ketua sami Kuil Luang Phor Lamai itu menyatakan haiwan di kuil berkenaan kelaparan kerana tidak diberi makanan secukupnya akibat kekurangan dana.

Mangsa dikejarkan ke hospital oleh pasukan perubatan yang tiba kira-kira 11 pagi dan dan keadaannya kini dilaporkan stabil.

Kuil itu mempunyai kira-kira 24 babi hutan di padang berhampiran serta seekor beruang dalam kandang dan membenarkan orang ramai memberi haiwan itu makan.

Sumber: Berita Harian

Artikel selanjutnya..

Dua Beranak Parah Termakan Anak Ular Dalam Sayur Kubis

Seorang wanita berusia 35 tahun dan anaknya terpaksa di kejarkan ke hospital selepas keduanya termakan anak ular dalam potongan sayur kubis yang di masak lapor Indianexpress.

Mengikut kenyataan yang dikeluarkan doktor Dr. Dharmendra Jhanwar, sah dua beranak itu keracunan makanan kerana bisa anak ular tersebut.

Mangsa yang dikenali sebagai Afzaan Imam menjelaskan kejadian bermula ketika dirinya memasak untuk makan malam.

Dia tidak menyedari adanya seekor anak ular yang bersembunyi di dalam kubis dan mereka memotong kemudian di masak.

Bagaimana pun keadaan keduanya mulai tidak stabil beberapa jam selepas makan, hal itu di akibatkan kerana racun ular tersebut sudah bercampur dengan darah manusia.

Terkini diketahui kedua beranak berkenaan masih dalam pemeriksaan lanjut, pihak hospital terus memantau keadaan mereka untuk beberapa hari kedepan.

Sumber: Eberita