[VIDEO] Mohon Tolong Translate!!Pecah Perut Layan Makcik Bawang Ni Kecek Gapodio

Tiada sebarang maklumat yang dapat dicari mengenai remaja perempuan di dalam video ini. Penulis juga tidak faham 99% apa yang di’bawang’kan oleh beliau.

Apa yang penulis faham hanyalah perkataan sokmo, selain itu penulis tidak dapat menangkap apakah biji butir yang diperkatakan olehnya. Mohon pembaca translate.

Antara komen-komen netizen. Rata-rata juga tidak faham apa yang di’bawang’kan oleh remaja perempuan ini.

Benarkah dialek kelantan yang digunakan, atau bahasa Thai?

Namun, gelagatnya yang tak ubah seperti makcik bawang sangat-sangat mencuit hati.

Di bawah hanyalah sekadar perkongsian ilmu dari saya.

Keindahan Dialek Kelantan

Bahasa Melayu dialek Kelatan merupakan dialek yang menarik dan unik disebabkan pelbagai alasan. Bagi penuturnya, dialek ini wajib digunakan kerana jika tidak menggunakan dialek ini apabila berkomunikasi sesama sendiri, mereka boleh dikatakan sebagai lupa akan asal usul sendiri.

Berikut disenaraikan beberapa kata majmuk yang boleh digolongkan kepada simpulan bahasa dan perumpamaan yang dikatakan digunakan oleh penutur bahasa Melayu dialek Kelantan. Dialek ini juga adalah dialek yang dinamakan dialak Melayu Patani yang digunakan di pantai timur, selatan Siam.

Senarai ini merupakan satu senarai yang dicatatkan oleh penulis bersumberkan salah satu daripada dokumen bahasa Melayu semasa bertugas di Bahagian Perkamusan, Jabatan Bahasa, Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1991-1992.

1. ban denga – mendengar dengan cermat

2. basoh jejeh (jerok) – basah semuanya (lejun)

3. basoh wok – terlalu basah

4. beto selin – orang yang terlalu lurus / jujur

5. bulak gete – bulat benar; betul-betul bulat

6. busuk kohong – sangat busuk

7. buto ghego – bermacam-macam jenis buta

8. come lote – sangat cantik

9. gelak gelemak – sangat gelap; gelap gelita

10. gheboh bek – rebah kerana sudah tdk bertenaga lagi.

11. gheboh blake – berihat sambil baring

12. gheboh ghepoh – rebah hingga terguling-guling.

13. habih awak – sangat; paling memuaskan

14. habih o – habis licin

15. habis kemelek – puas berikhtiar dalam membuat atau mencari sesuatu.

16. hanguh letung – hangus semuanya (nasi dan lain-lain).

17. hari tumah – sehari suntuk

18. hite kerok dodol – hitam yang disukai orang

19. huje manik – hujan rintik-rintik yang kasar (sebesar biji mutiara).

20. ikuk ere – ikut perasaan; ikut hati

21. jahe teropong – bodoh dan tak mahu menerima ajaran orang; bodoh sombong.

22. jahe tukil – terlalu jahil tentang sesuatu

23. jangok angak – melihat sesuatu dengan kehairanan.

24. jauh jelak – sangat jauh

25. jelate darat – perosak masyarakat; lintah darat

26. jilak cak – mati

27. jilak tapok tange – sesuatu benda dan lain-lain yang diharapkan.

28. kalot-kibut  – kelam kabut

29. mato gegaji – orang yang bermuka-muka

30. mato lolong – mata yang kelihatan seolah-olah tersembul.

31. muluk beghuh – suka membuka rahasia; suka mengeluarkan kata-kata kasar.

Sumber: Instagram