[VIDEO] “Suka Nabila Dari Lofa Yang Sombong Interview Artis!” – Netizen Banding Cara Neelofa Dan Nabila Layan Upiak Isil?

[VIDEO] “Suka Nabila Dari Lofa Yang Sombong Interview Artis!” – Netizen Banding Cara Neelofa Dan Nabila Layan Upiak Isil?

 

Beberapa hari yang lalu penyanyi Nabila Razali telah menjadi pengacara dalam rancangan MeleTOP bagi menggantikan Neelofa.

 

Difahamkan Neelofa tidak dapat bertugas pada malam berkenaan kerana menghadiri Women Of Future Awards Southeast Asia di Singapura.

 

Menariknya, Nabila yang pertama kali tampil di kaca televisyen sebagai seorang pengacara mengundang reaksi positif daripada netizen. Rata-rata memuji sikap penyanyi Pematah Hati itu yang sangat sopan melayan tetamu undangan mereka.

 

Nabila yang kelihatan mesra menemu ramah penyanyi Tak Tun Tuang, Upiak Isil menyebabkan ada segelintir pihak yang membandingkan cara Neelofa dan Nabila dalam melayan Upiak.

Terdahulu Neelofa dikecam netizen kerana melayan Upiak dengan kasar dan sombong ketika penyanyi Indonesia itu muncul dalam program MeleTOP. Walau bagaimanapun Neelofa sudah memohon maaf dan memberitahu bahawa dia tidak mempunyai niat untuk merendah-rendahkan Upiak.

 

Sumber Youtube MeleTOP

 

Sumber – kisahdunia