Wow.. Lagu Kilafairy popular di Papua New Guinea.. Jom Lihat Apa Reaksi Mereka.

KILAFAIRY. – Foto Supian Ahmad

KUALA LUMPUR: Pelakon dan penyanyi, Kilafairy tidak menyangka single terbarunya, Put The Word In yang menampilkan DJ Aku Ash serta artis antarabangsa, Sean Kingston mendapat perhatian peminat luar negara.

Kilafairy atau nama penuhnya, Syakila Nisa Jahangir Khan, 26, berkata, dia terkejut apabila mendapat tahu lagu yang diperkenalkan di YouTube sejak 16 Februari lalu menduduki tangga pertama carta iTunes di Papua New Guinea.

“Saya terkejut mendengar berita itu. Mungkin melodi lagu itu bersesuaian dengan jiwa mereka kerana kebetulan penerbitnya, Brian B berasal dari situ.

“Pencapaian itu bagi saya, cukup membanggakan apabila lagu ini memenuhi selera pendengar antarabangsa,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran program terbaru ntv7, baru-baru ini.


SINGLE terbaru Kilafairy, Put The Word In menampilkan DJ Aku Ash serta artis antarabangsa, Sean Kingston. – Foto Instagram

Tambah Kilafairy, memandangkan single itu mendapat sambutan hebat di negara itu, dia turut merancang mengadakan persembahan di sana.

Sehingga ini, video muzik Put The Word In sudah mencatat hampir sejuta tontonan di YouTube, selain masih bertahan dalam carta iTunes.

Melihat sambutan positif itu, Kilafairy bersyukur apabila usaha terbarunya mendapat perhatian pelbagai pihak.

Katanya, genre muzik yang diketengahkan dalam lagu itu juga begitu dekat dengan jiwanya.

“Bayangkan proses rakaman lagu ini selesai tidak sampai sehari. Kingston membuat persiapan rapi sebelum ke studio, jadi kami tidak memerlukan banyak masa untuk menyelesaikan rakaman.

“Lagu itu siap dirakam dalam masa tiga jam, manakala liriknya pula lengkap dalam 20 minit. Saya harap populariti lagu ini akan membuat peminat menanti kemunculan karya terbaru,” katanya


PUT The Word In menduduki tangga pertama carta iTunes di Papua New Guinea. – Foto Instagram

Kilafairy juga menyifatkan, populariti yang dikecapinya tiba tepat pada masanya, apatah lagi ia dinikmati selepas enam tahun mencari ruang dalam industri hiburan.

“Mungkin ini masa untuk saya. Biarpun lama menanti, saya selesa begini kerana saya tidak mahu popular mendadak.

“Memang nama saya tidak terlalu di atas, tetapi itu lebih baik. Saya anggap ia bonus apabila lagu saya mendapat perhatian. Betul kata ibu, Rohana Jalil, lebih baik merakamkan lagu ‘catchy’ kerana ia lebih sesuai dengan saya,” katanya.

BH