Selepas Melahirkan Siti Aafiyah, Siti Nurhaliza Beritahu Sesuatu Telah Turun Yang Buat Dia Gembira

KUALA LUMPUR: Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza mendedahkan berat badannya sudah turun 14 kilogram selepas melahirkan puteri sulungnya, Siti Aafiyah.

Siti ketika ini sudah masuk hari ke-15 berpantang.

Dia dan puteri kesayangan ramai itu juga berada dalam keadaan baik.

“Alhamdullillah, Hari ini hari ke-15 ibu dan Siti Aafiyah selepas bersalin . Dato’ Dr. Vernon (baby) dan Datin Dr Suhaiza(ibu) happy dengan perkembangan kami berdua,” katanya melalui entri terbaharunya di laman Instagram miliknya.

Malah, Siti mengakui penyusuan susu ibu membolehkan dia berusaha menurunkan berat badan sepanjang proses berpantang.

“Ibu happy sebab dah susut 14kg ( sbb berjaga dan aafiyah kuat minum susu ibu) Thank you anak ibu tolong ibu. Alhamdullillah,” ujarnya.

Siti melahirkan Siti Aafiyah pada 19 April lalu melalui pembedahan di sebuah hospital swasta di ibu negara.

SUMBER : ASTRO AWANI
Siti Nurhaliza Ditegur Netizen Kerana Beri Siti Aafiyah Susu Badan Secara Baring Kalau Tidak Mahu Dada Jatuh .. Lihat Respond Siti Nurhaliza Yang Memang Sempoi

Penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin tidak mahu anak sulungnya Siti Aafiyah yang baharu berusia lapan hari itu menjalani kehidupan sebagai seorang selebriti.

Sebaliknya, Siti, 39, berharap dia dapat membesarkan bayi tersebut mengikut perkembangan seperti mana dilalui kanak-kanak lain.

“Saya tak mahu didik anak saya fokus menjadi seorang selebriti, saya nak dia hidup secara normal dan go with the flow.

“Kalau ada rezeki untuk dia pada masa akan datang, saya akan berbincang dengan suami dahulu, kalau suami kata tak perlu, saya tak buat.

“Apa yang kami minta hanya tujuh hari itu sahaja untuk kami umumkan sendiri namanya, selepas ini tiada yang eksklusif,”

Siti Aafiyah Sudah Cukur Botak

PENYANYI tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza mencukur rambut bayi perempuannya, Siti Aafiyah, hari ini.

Perkara itu dikongsikannya menerusi Insta Story di laman Instagram (IG).

Siti Aafiyah yang berbedung kelihatan tenang ketika rambutnya dicukur oleh seorang ustazah.

“Alhamdulilah, Siti Aafiyah bercukur hari ini oleh ustazah. Semoga diberkati dan tumbuh lagi rambut yang sihat,” katanya.

Penyanyi berusia 39 tahun ini melahirkan Siti Aafiyah secara pembedahan dengan berat 3.55 kilogram di sebuah pusat perubatan swasta kira-kira jam 8.17 pagi pada 19 Mac lalu.

Terdahulu, Siti Nurhaliza dan suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa mengadakan majlis tahnik, cukur rambut dan aqiqah bayi perempuannya yang disempurnakan oleh Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Dzulkifli al-Mohamad Al-Bakri.
Ditegur Kerana Memberi Susu Badan Secara Baring?

Baru baru ini Datuk Siti Nurhaliza memuat naik satu gambar Siti Aafiyah yang dikatakan sedang diberi susu badan. Rata rata memberi kata kata positif tetapi ada 1 komen dan pengikut Siti Nurhaliza menegur beliau supaya jangan beri susu badan sambil baring kerana boleh mendatangkan bahaya kepada anak kecil itu.

Teguran netizen kepada Siti Nurhaliza, baby boleh tersedak dan buah dada Siti Nurhaliza boleh jatuh

Sila lihat respond Siti Nurhaliza, memang sempoi habis.

Memang tidak hairan kenapa Siti Nurhaliza diminati ramai. Lihat cara dia menjawab teguran peminat atau netizen dia sahaja kita dah tahu tahap mana dia sebagai artis.