Terkulai Kaku Dijalan .. Emy AF 2016 Maut Z800 Bertembung Lori (8Gambar)


Tuaran : Emy seorang insan yang amat meminati motosikal kuasa tinggi, tidak disangka ajal nya bersama motosikal kesayangan, apa yang berlaku amat mengundang pilu.

Emy merupakan bekas peserta program realiti Akademi Fantasia (AF) 2016 atau nama sebenar nya Zahrul Hilmi Badrul Hisam, 25, maut selepas motosikal berkuasa tinggi ditunggangnya bertembung dengan lori di Jalan Tamparuli-Ranau dekat Kampung Kelawat, Tamparuli, Tuaran, hari ini.

Dalam kejadian pada 1 tengah hari itu, Zahrul Hilmi atau lebih dikenali sebagai Emy maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan.

Ketua Polis Daerah Tuaran Deputi Superintendan Dzulbaharin Ismail berkata, nahas berlaku ketika mangsa yang menunggang motosikal Kawasaki Z800 dari arah Tamparuli menghala ke Ranau dipercayai hilang kawalan sebaik melalui selekoh di laluan berbukit.

“Susulan itu, motosikal mangsa memasuki laluan bertentangan lalu bertembung dengan lori tiga tan dipandu lelaki berusia 55 tahun.

“Mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya ketika dihubungi, sebentar tadi.

Mangsa berasal dari Kampung Selupoh, Tuaran kini adalah anggota kumpulan Buska Basker yang aktif membuat persembahan sekitar Kota Kinabalu dan daerah berhampiran.

Sementara itu, bapa saudara mangsa, Ahmad Daud, 53, ketika ditemui di Hospital Tuaran, berkata anak saudaranya keluar rumah dalam keadaan kelam-kabut, namun sempat bersalaman dengan bapanya, Badrul Hisam Kumut, 50-an.

“Menurut ayah mangsa, arwah dikatakan mahu ke Ranau untuk bertemu dengan seorang lagi rakannya dengan menaiki motosikal berkuasa tinggi, namun rakannya membatalkan niat manakala arwah tetap mahu pergi dan meneruskan perjalanan seorang diri.

“Selalunya dia akan minum dahulu sebelum menunggang motosikal untuk perjalanan jauh, tetapi kali ini tidak dan ia jelas dilihat melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di rumahnya di Kingfisher Sulaman di Kota Kinabalu sebelum bersalam dengan ayahnya,” katanya.

Menurutnya, beberapa hari lalu, arwah yang juga juara Joharockstar 2016 sempat mengadakan persembahan di Tuaran.

“Ibunya dalam perjalanan pulang dari Amerika Syarikat dan dijangka tiba di Kuala Lumpur esok sebelum bertolak ke Sabah.

“Kali terakhir saya bercakap dengan arwah dua hari lalu dan menasihatinya supaya tidak menunggang motosikal terlalu laju dan dia menganggukkan kepala, tak sangka itu senyuman terakhirnya yang saya lihat,” katanya.

Sepupu mangsa, Razeef Rakimin, 30, berkata dia kebetulan berada di Hospital Tuaran untuk menjalani pemeriksaan kesihatan dan terkejut melihat gambar kemalangan yang viral di aplikasi WhatsApp.

“Sebaik melihat rupa dan kad pengenalan arwah, saya batalkan niat untuk pulang, sebaliknya menunggu jenazah tiba di hospital,” katanya.Al fatihah.

‘Ucapan ‘good morning’ hanya tinggal ‘grey tick’…’- Bekas pelajar AF 2016 meninggal dunia, teman wanita luah rasa sedih di FB


Bintang program realiti Akademi Fantasia 2016, Emy telah meninggal dunia semalam akibat kemalangan motosikal berkuasa tinggi Kawasaki Z8000 dari arah Tamparuli menghala ke Ranau dipercayai hilang kawalan sebaik melalui selekoh di laluan berbukit.

Emy atau nama sebenarnya Zahrul Hilmi Badrul Hisam maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan. Difahamkan bahawa motosikal mangsa memasuki laluan bertentangan dan bertembung dengan lori seberat tiga tan dipandu lelaki berusia 55 tahun.
Aktif mengadakan ‘busking’ di Sabah.
Bekas pelajar AF 2016 yang berasal dari Kampung Selupoh, Tuaran kini adalah anggota kumpulan Buska Basker yang aktif membuat persembahan sekitar Kota Kinabalu dan daerah berhampiran.

Arwah ada merancang untuk melangsungkan perkahwinan bersama teman wanitannya yang dikenali sebagai Cathy Alkantara, namun semuanya tidak kesampaian apabila ajal teman lelakinya ‘datang’ terlebih dahulu.

Walau bagaimanapun, teman wanitanya itu, Cathy turut meluah rasa sedih dan simpati atas pemergian teman lelakinya itu. Beliau juga telah memuat naik status dan gambar throwbackbersama arwah di akaun Facebook miliknya.


“Untuk mengubat hati sendiri…”

“Separun jiwaku pergi…”

“Rindu yang teramat dalam…”

Gambar kenangan bersama arwah.
Cathy juga telah memuat naik gambar kenangan bersama arwah di akaun Facebook miliknya.


Komen dari kawan-kawan mereka yang ‘mengusik’ agar cepat-cepat kawin.

Cathy dan arwah saling membalas komen ‘sweet’ di Facebook.

Menurut ahli keluarga bekas pelajar Akademi Fantasia 2016 itu, arwah akan dikebumikan jam 9 pagi pada esok hari (5 April) di Tanah Perkuburan Kg Simpangan Tuaran.

Semoga Cathy dan ahli keluarga arwah tabah menghadapi dugaan ini. Sama-sama kita sedekahkan Al-fatihah kepada Zahrul Hilmi semoga arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.

Sumber : Cathy Alkantara

 

 

Sumber; accidentportal.net