TUNJUK VIDEO ‘TEASER’ RUMAH AGAM SIAP DIBINA, ALIFF SYUKRI JEMPUT PEMINAT KE MAHLIGAINYA

Setelah menunggu mahligai yang dibina siap dalam masa empat tahun, akhirnya impian jutawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri bersyukur hajat untuk mendiami banglo mewah itu telah menjadi kenyataan.

Semalam, beliau telah memuat naik video ‘teaser’ rumah yang dilengkapi dengan lif, surau, panggung wayang itu dan pelbagai lagi kemudahan lain.

Menurut pelakon filem Badang itu, rumah yang dinamakan sebagai Palace of Aliff Syukri tersebut dibina setelah hasil titik peluh dan usaha selama ini dalam membina pencapaian melalui bidang perniagaan kosmetik miliknya.

Tambah Aliff, tujuannya bukan untuk mempamerkan kemewahan tetapi bagi membuktikan hasil kerja keras beliau selama ini serta memberi teladan buat anak-anaknya bagaimana kesusahan dalam mencari sesuap nasi.

Penyanyi lagu Abang Nak Tegur itu juga berkata, beliau juga ingin mengundang beberapa peminat bertuah sebagai tetamu istimewa untuk menyambut kenduri doa selamat pada hujung minggu ini.

Sumber : Aliff Syukri , Palace of Aliff Syukri